Selepas lagu pertama nyanyian Iqbal berjudul Hujan mendapat pelbagai respon orang ramai termasuk ada yang menyamakan dengan melodi lagu popular Kdrama Winter Sonata.
Kini, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli berlapang dada dengan kutukan netizen termasuk menyunting wajahnya dengan haiwan berupa khinzir.
Iqbal, 27, mengakui dia bukan insan yang sempurna dan serba kekurangan. Malah, pelantun lagu Hujan itu tidak menyimpan dendam terhadap individu yang mengutuknya.
Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf; harus terima segala ini dengan hati yang terbuka.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Iqbal berkongsi tangkap layar yang tular di media sosial yang menyamakan dirinya dengan haiwan tersebut.
Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan.
Selain khinzir, suntingan turut dibuat dengan menggunakan wajah anjing. Namun, bekas kekasih Datuk Seri Vida itu hanya memohon agar orang ramai mendoakan dirinya untuk menjadi lebih baik dan menerima kutukan dengan hati yang terbuka.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.