“Sedikit Kesal Kerana Tiada Isu Diketengahkan, Yang Dengar Cuma ‘Turun Anwar’..” – PMX

Berita

“Sedikit Kesal Kerana Tiada Isu Diketengahkan, Yang Dengar Cuma ‘Turun Anwar’..” – PMX

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kecewa susulan perhimpunan pembangkang yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) dan PAS, baru-baru ini, yang dikatakan tiada sebarang isu dibangkitkan, sebaliknya hanya seruan mahu dirinya meletakkan jawatan sahaja.

Kecewa Turun Anwar tiada isu yang dibangkitkan

Namun begitu, PMX tetap menghargai sikap aman peserta yang menyertai perhimpunan Turun Anwar itu dan menegaskan pihak kerajaan sedia mendengar keluhan rakyat.

Advertisement

Saya sentiasa bersedia mendengar apa jua teguran dan kritikan, namun sedikit kesal kerana tiada isu pokok yang diketengahkan. Yang kedengaran cuma satu: ‘Turunkan Anwar’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Beliau meluahkan rasa kecewanya itu sewaktu menghadirkan diri dalam seminar pemantapan organisasi dan pertemuan bersama Presiden KEADILAN.

Akui kerajaan pimpinan tidak sempurna, akan perbaiki

Dalam pada masa yang sama, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan mengakui bahawa kerajaan pimpinannya tidak sempurna, namun kekal komited untuk memperbaiki kelemahan serta melaksanakan reformasi secara berperingkat.

Tapi kita tidak sombong untuk membetulkan kelemahan. Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan.

Turun Anwar
2025-07-28 09:30:21

“Kerajaan Tidak Prihatin, Harga Barang Naik Tapi Nilai Ringgit Merosot!” - Muhyiddin Yassin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...