May 9th, 2019

Memasuki usia lapan tahun perkahwinan, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak pernah berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi satu temu bual, Noh mendedahkan beliau dan isteri sudah enam tahun berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Advertisement

Noh melihat sendiri bagaimana isterinya menahan kesakitan semasa prosedur IVF (mengambil telur) dimana hormon Nina juga akan tidak stabil sehingga menjejaskan emosinya.

Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. Ya Allah sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit. Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas.

Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak, sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak.

Advertisement

Noh tidak menafikan beliau merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin mempunyai anak. Bagaimanapun, Noh redha dengan takdir yang tertulis untuknya dan isteri dan menganggap mungkin mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Setiap orang di dunia mempunyai dugaan yang berbeza. Kami yakin perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berusaha, inshaAllah satu hari nanti impian Noh dan Nina untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : YouTube Zayan My

Advertisement

31 responses to “Sedih Tengok Nina Meraung Tahan Sakit, 6 Tahun Turun Naik Hospital- Noh Salleh”

  1. alhamdulillah successful IVF says:

    Baca comment org lain buat saya nak comment. Tak bermakna perempuan yang kene cucuk sana sini dia yang ade problem. kalau husband problem pun still wife yang kne inject hormon bagai. pickup ovum sebab nak senyawakan kat luar. dan dalam masalah ni tak perlu nak cakap siapa yang problem.

    Ni la salah satu contoh usaha pasangan yang dah lama kahwin dan nak anak, tak kira la iui ke ivf ke procedure dia memerlukan fizikal dan yang paling penting mental prepared.

    Saya doakan semoga pasangan ini dan setiap pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat satu hari akan makbul doanya. Berusahalah selagi terdaya dan jangan berhenti berdoa dan berharap. insya Allah Allah dengar doa hamba -Nya.

    Dan buat masyarakat di luar sana sudah-sudah la asyik nak cakap sumai ke isteri yang problem. tak payah la benda-benda yang boleh mengguris hati pasangan yang belum dikurniakan zuriat. semua pasanagan yang dah berkahwin mesti nak anak. Semoga kita semua sentiasa sabar dalam ujian dan sentiasa dalam rahmat Allah

  2. Elly says:

    Mungkin Allah S.W.T bg rezeki yg lain pd noh & mizz nina… In shaa Allah akan ada rezeki zuriat utk noh & mizz nina… Semoga noh & mizz nina akan terus berusaha… Mmg akan timbul rasa cemburu bila tgk org lain mempunyai anak… Sy sdri belum lg mempunyai anak wpun dh berkahwin selama 15 thn… Kami tdk ada masalah…mungkin blm nk ada rezeki lg… In shaa Allah akan ada rezeki kita utk mempunyai zuriat… Jgn berhenti berdoa & usaha…

  3. Anonymous says:

    Teruskan je jdi pasangan somi isteri sampai ke Jannah wlapun x ada zuriat skrg Allah bgi. Yg buruk dri kita yg baik dri Nya.

Loading...