May 9th, 2019

Memasuki usia lapan tahun perkahwinan, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak pernah berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi satu temu bual, Noh mendedahkan beliau dan isteri sudah enam tahun berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Noh melihat sendiri bagaimana isterinya menahan kesakitan semasa prosedur IVF (mengambil telur) dimana hormon Nina juga akan tidak stabil sehingga menjejaskan emosinya.

Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. Ya Allah sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit. Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas.

Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak, sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak.

Noh tidak menafikan beliau merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin mempunyai anak. Bagaimanapun, Noh redha dengan takdir yang tertulis untuknya dan isteri dan menganggap mungkin mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Setiap orang di dunia mempunyai dugaan yang berbeza. Kami yakin perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berusaha, inshaAllah satu hari nanti impian Noh dan Nina untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : YouTube Zayan My


31 responses to “Sedih Tengok Nina Meraung Tahan Sakit, 6 Tahun Turun Naik Hospital- Noh Salleh”

  1. Anonymous says:

    Setiap org punya ujian yg berbeza. Diaorang ni kaya harta tapi belum ada rezeki dpt anak supaya mereka punya peluang utk berbuat amal. Esok lusa dgn segala usaha & doa yg telah mereka buat, pasti ada ganjaran dariNYA. Teruskan berusaha & beramal.

  2. Kerry says:

    Things we do for love :) Hanya yang melalui keperitan menanti zuriat saja yang memahami perkara ni. Happy for those yang mudah dapat anak, mudah bunting pelamin. But for people like us, it is very challenging. Tekanan emosi orang sekeliling, nak berdepan medical checking tu pun perlu kekuatan dan keberanian yang kuat, dimasa yang sama nak keep the husband happy so he stick with us. Its not easy to keep your marriage when youre struggling at this. Been married for few yrs and recently finalise divorced. He finally get his dream son, but unfortunately not with me. While Im busy trying to get myself conceived, he also busy impregnating other girl. Lols. I pray all of my ttc-ians will get the double line soon. Keep on going. Take care and love yourself first.

  3. Anonymous says:

    Aku doakan Noh and Mizz Nina dikurniakan zuriat dan sentiasa dlam keadaan gembira. Sedih baca mereka yang berusaha nakkan anak tapi rezeki takde lagi. Tapi takpe, Allah sentiasa ada perancangan yang lagi elok untuk kita. Moga Noh and Mizz Nina dapat perkabharan yang baik suatu hari nanti!

  4. Sitin says:

    Ala..ni semua kerja tuhan. Xpe..relax je. Klu ada rezeki ada la..klu xde..ada rezeki lain yg Allah bg. Sllnya org yg xde ank lebih romantik. Xpe la..apa2 pun..semaga tabah dan sabar

  5. Wil says:

    10 tahun dah aku menunggu, moga Allah kurniakan zuriat buatku, buatmu mz nina dan juga para wanita yg masih menunggu zuriat. Aamiin…

Loading...