May 9th, 2019

Memasuki usia lapan tahun perkahwinan, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak pernah berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi satu temu bual, Noh mendedahkan beliau dan isteri sudah enam tahun berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Noh melihat sendiri bagaimana isterinya menahan kesakitan semasa prosedur IVF (mengambil telur) dimana hormon Nina juga akan tidak stabil sehingga menjejaskan emosinya.

Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. Ya Allah sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit. Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas.

Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak, sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak.

Noh tidak menafikan beliau merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin mempunyai anak. Bagaimanapun, Noh redha dengan takdir yang tertulis untuknya dan isteri dan menganggap mungkin mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Setiap orang di dunia mempunyai dugaan yang berbeza. Kami yakin perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berusaha, inshaAllah satu hari nanti impian Noh dan Nina untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : YouTube Zayan My


31 responses to “Sedih Tengok Nina Meraung Tahan Sakit, 6 Tahun Turun Naik Hospital- Noh Salleh”

  1. Bravoo_girl says:

    Moga Allah kurniakan anak yang soleh & solehah pd kalian berdua.. Amin
    Daripada pengalaman aku sendiri, naik turun hospital dari sejak kawin sampailah satu tahap selepas aku keguguran 3 kali & IUI buat 2 kali (masa nie usia perkahwinan aku 6 tahun), doctor advise aku untuk by IVF tapi aku dan suami cakap nak rest dulu sebab banyak duit habis sepanjang 6 tahun jumpa doc + rawatan kesuburan + IUI bagai.. Tah macam mana dgn kuasa ALLAH SWT, selepas aku stop rawatan & pergi bercuti dgn suami aku (tempat sejuk kikiki) balik x sampai sebulan aku preggy.. Tapi aku & suami x excited lagi masa tu sebab pengalaman keguguran sebelum nie mengajar kami supaya lebih berhati2…
    Seperti mana yang dijangka, masa kandungan aku 2 bulan aku keguguran lagi btl2 didepan klinik doc yang aku selalu jumpa. Pendekan cerita, selepas aku keguguran (nie keguguran kali yg ke 4), selepas 2 bulan aku preggy lagi & Alhamdulillah kali nie kandungan aku berjaya bertahan sampai ke 9 bulan.. Maka lahirlah anak aku yg handsome nak rak (puji anak sendiri hahaha).. X tahu nak describe feeling aku & suami macam mana bila anak aku lahir masa tu…
    Pendekan cerita lagi masa anak aku umur 1 tahun 9 bulan suami aku bawak pergi bercuti lagi ditempat sejuk hahaha.. Balik dari bercuti aku preggy lagi hahaha. Skrg anak aku yang no 2 dah almost setahun..
    So pada sesiapa yang inginkan zuriat, jangan sesekali kenal erti putus asa & HARUS sama2 suami dan isteri berusaha utk mendapat zuriat… Berdoa selalu & merayu pd ALLAH agar beri peneman ank yg soleh & solehah dlm kehidupan korang.. HARUS YAKIN… Ok bye ?

  2. bravoo_girl says:

    Moga Allah kurniakan anak yang soleh & solehah utk kalian berdua… Amin.
    Daripada pengalaman aku sendiri, naik turun ke hospital dari sejak kawin sampailah satu tahap selepas aku keguguran 3 kali dan IUI buat 2 kali, doctor advise aku untuk buat IVF tapi aku dah suami cakap nak rest dulu.. Sebab banyak duit habis sepanjang 6 tahun jumpa doc + rawatan kesuburan + IUI bagai… Tah macam mana dengan kuasa ALLAH SWT , selepas aku stop rawatan & pergi bercuti dengan suami aku (tempat sejuk kikiki) balik x smpai sebulan aku preggy… Tp aku & suami x excited lagi masa tu sebab pengalaman keguguran sebelum nie mengajar kami supaya lebih berhati2..

    Seperti mana yang dijangka, masa kandungan aku 2 bulan aku keguguran betul2 didepan klinik doctor yang aku selalu jumpa. Pendekan cerita, selepas aku keguguran tu (nie keguguran kali yg ke 4) , selepas dua bulan aku preggy lagi & Alhamdulillah kali nie kandungan aku berjaya bertahan sampai ke 9 bulan.. Maka lahirlah anak aku yang handsome nak rak (puji anak sendiri hahahaha).. X tahu nak describe feeling aku & suami macam mana bila anak aku lahir masa tu…

    Pendekan cerita lagi masa anak aku umur 1 tahun 9 bulan suami aku bawak pergi bercuti di tempat sejuk lagi hahaha.. Balik dari bercuti tu aku preggy lagi hahaha.. Sekarang ank aku yg no 2 dah almost setahun..

    So pada sesiapa yang inginkan zuriat, jangan sesekali kenal erti putus asa & HARUS sama2 suami dan isteri usaha utk mendapatkan zuriat… Berdoa selalu & merayu pada ALLAH agar beri peneman anak yang soleh & solehah dalam kehidupan korang… HARUS YAKIN… ok bye :)

    • oren says:

      happynya baca pasal awak, alhamdulillah :) doakan saya jugak please! teringin nak ada anak, tapi tak lekat lagi hehe

    • bravoo_girl says:

      InsyaAllah.. Ambik keberkatan Ramadhan nie utk berdoa yer… Dalam masa yg sama jgn stress & jalani kehidupan dgn happy jer.. InsyaAllah rezeki awak & suami akn tiba jua… Lg satu amalkan zikir Ya Khaliq, Ya Bari & Ya Musawwir.. Sambil2 tersangkut dlm jam, dlm train ke @ masa terluang amalkan zikir nie…

  3. wekkkkkkk says:

    bulan ramadhn ini tak salah jika kita jdi ustaz atau ustaajh jadian..berilah komen yg mmbawa pahala. Yg lpas2 kita dh byk berdosa.

    • burit says:

      buat apa nak jadi ustaz dan ustazah jadian. tak nak aku hidup berpura2. bukan mcm kau tiap saat hidup dalam kepuraan.

    • Anonymous says:

      Ok fine. Keep on menjadi hamba allah yang xnk berubah jadi baik. Nk ajak jd baik pun, menolak. Aduhai

    • anonymous says:

      mmg bingai sungguh sesuai la nama bu**t ?

  4. lavender says:

    setiap org yg Allah kasihi akan diberi ujian dlm pelbagai bentuk utk menaikkan darjat dia di sisi Allah. Mgkin ini ujian buat Mizz Nina. Semoga Mizz Nina kuat dan sabar . Bykkan berdoa dlm bln puasa yg penuh berkah ni .insyaAllah :)

  5. Anonymous says:

    sian kamu berdua. Dpt sorang pun jadilah anak kndung.

Loading...