Written by Bella | May 9th, 2019

Memasuki usia lapan tahun perkahwinan, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak pernah berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi satu temu bual, Noh mendedahkan beliau dan isteri sudah enam tahun berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Noh melihat sendiri bagaimana isterinya menahan kesakitan semasa prosedur IVF (mengambil telur) dimana hormon Nina juga akan tidak stabil sehingga menjejaskan emosinya.

Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. Ya Allah sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit. Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas.

Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak, sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak.

Noh tidak menafikan beliau merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin mempunyai anak. Bagaimanapun, Noh redha dengan takdir yang tertulis untuknya dan isteri dan menganggap mungkin mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Setiap orang di dunia mempunyai dugaan yang berbeza. Kami yakin perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berusaha, inshaAllah satu hari nanti impian Noh dan Nina untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : YouTube Zayan My

31 responses to Sedih Tengok Nina Meraung Tahan Sakit, 6 Tahun Turun Naik Hospital- Noh Salleh

  1. JERNIH HEIGHTS SDN BHD says:

    amin

  2. faraj says:

    Sabar jrrr Mizz Nina ….Neelofa dh bangka pun , bukan kata Zuriat …Jantan pun tak nk…yg sudi pun Mat2 Rempit EX5….kikikiki

  3. huhu says:

    semoga allah swt permudahkan urusan mizz nina dan noh…in shaa Allah aamiin..

  4. bbb says:

    pasangan yg patot dijadikan conth.. 8thn kawin masih x de anak tp noh tu x de plak heboh kawin lain.. ade laki tu bini tgh ngndung anak die pon die gi ceraikan sbb nak kawin gn janda and nk tlg bela anak orang..

    • Anonymous says:

      Ye ke? C noah ne bila dengan c nabila huda tu pun nampak lupa diri dia. Tengok masa meletop tahun lepas. Macam jahanam perangai. Duduk dekat2.

      • feldegast says:

        Macam mana kau boleh nilai orang 100% hanya dengan tengok sekali? Duduk rapat sebelah bukan dia nak kawen dengan Nabila pun.

    • Anonymous says:

      si laki pun check juga..adakah hormon tu ..bukan mandul..jgn salahkan bini dlm hal ini..tolong check juga, kalau dh tahu, tak perlulah si Nina tu cucuk byk di perut

      • Anonymous says:

        mestila dia pun check jugak. hadoii tak payah ajar la.

      • mizz red says:

        biasanya bila pergi cek kesuburan sekali kedua-dua pasangan akn dicheck. so kes mizz nina ni dia yg ada masalah means noh dah di check xde masalah.

        • sj singgah says:

          X jugak. Kalu yg lelaki ada mslh..slow movement @ mslh kualiti even ppuan xde mslh, kena senyawakan diluar. pastu baru transfer dlm. jgn simply kata ppuan yg bermslh

        • Anonymous says:

          even perempuan sihat & lelaki yang ada problem, tapi untuk IVF still perempuan yang kena cucuk sana sini.lelaki just bagi sperma je untuk disenyawakan.
          perempuan cucuk sana sini doesn’t mean dia tak subur

  5. esah jendul says:

    saya doakan awak dpt rezeki anak dlm bulan mulia ni…amin…suka sgt tgk penghijrahan mizz nina…

  6. Anonymous says:

    sian kamu berdua. Dpt sorang pun jadilah anak kndung.

  7. lavender says:

    setiap org yg Allah kasihi akan diberi ujian dlm pelbagai bentuk utk menaikkan darjat dia di sisi Allah. Mgkin ini ujian buat Mizz Nina. Semoga Mizz Nina kuat dan sabar . Bykkan berdoa dlm bln puasa yg penuh berkah ni .insyaAllah :)

  8. wekkkkkkk says:

    bulan ramadhn ini tak salah jika kita jdi ustaz atau ustaajh jadian..berilah komen yg mmbawa pahala. Yg lpas2 kita dh byk berdosa.

  9. bravoo_girl says:

    Moga Allah kurniakan anak yang soleh & solehah utk kalian berdua… Amin.
    Daripada pengalaman aku sendiri, naik turun ke hospital dari sejak kawin sampailah satu tahap selepas aku keguguran 3 kali dan IUI buat 2 kali, doctor advise aku untuk buat IVF tapi aku dah suami cakap nak rest dulu.. Sebab banyak duit habis sepanjang 6 tahun jumpa doc + rawatan kesuburan + IUI bagai… Tah macam mana dengan kuasa ALLAH SWT , selepas aku stop rawatan & pergi bercuti dengan suami aku (tempat sejuk kikiki) balik x smpai sebulan aku preggy… Tp aku & suami x excited lagi masa tu sebab pengalaman keguguran sebelum nie mengajar kami supaya lebih berhati2..

    Seperti mana yang dijangka, masa kandungan aku 2 bulan aku keguguran betul2 didepan klinik doctor yang aku selalu jumpa. Pendekan cerita, selepas aku keguguran tu (nie keguguran kali yg ke 4) , selepas dua bulan aku preggy lagi & Alhamdulillah kali nie kandungan aku berjaya bertahan sampai ke 9 bulan.. Maka lahirlah anak aku yang handsome nak rak (puji anak sendiri hahahaha).. X tahu nak describe feeling aku & suami macam mana bila anak aku lahir masa tu…

    Pendekan cerita lagi masa anak aku umur 1 tahun 9 bulan suami aku bawak pergi bercuti di tempat sejuk lagi hahaha.. Balik dari bercuti tu aku preggy lagi hahaha.. Sekarang ank aku yg no 2 dah almost setahun..

    So pada sesiapa yang inginkan zuriat, jangan sesekali kenal erti putus asa & HARUS sama2 suami dan isteri usaha utk mendapatkan zuriat… Berdoa selalu & merayu pada ALLAH agar beri peneman anak yang soleh & solehah dalam kehidupan korang… HARUS YAKIN… ok bye :)

    • oren says:

      happynya baca pasal awak, alhamdulillah :) doakan saya jugak please! teringin nak ada anak, tapi tak lekat lagi hehe

      • bravoo_girl says:

        InsyaAllah.. Ambik keberkatan Ramadhan nie utk berdoa yer… Dalam masa yg sama jgn stress & jalani kehidupan dgn happy jer.. InsyaAllah rezeki awak & suami akn tiba jua… Lg satu amalkan zikir Ya Khaliq, Ya Bari & Ya Musawwir.. Sambil2 tersangkut dlm jam, dlm train ke @ masa terluang amalkan zikir nie…

  10. Bravoo_girl says:

    Moga Allah kurniakan anak yang soleh & solehah pd kalian berdua.. Amin
    Daripada pengalaman aku sendiri, naik turun hospital dari sejak kawin sampailah satu tahap selepas aku keguguran 3 kali & IUI buat 2 kali (masa nie usia perkahwinan aku 6 tahun), doctor advise aku untuk by IVF tapi aku dan suami cakap nak rest dulu sebab banyak duit habis sepanjang 6 tahun jumpa doc + rawatan kesuburan + IUI bagai.. Tah macam mana dgn kuasa ALLAH SWT, selepas aku stop rawatan & pergi bercuti dgn suami aku (tempat sejuk kikiki) balik x sampai sebulan aku preggy.. Tapi aku & suami x excited lagi masa tu sebab pengalaman keguguran sebelum nie mengajar kami supaya lebih berhati2…
    Seperti mana yang dijangka, masa kandungan aku 2 bulan aku keguguran lagi btl2 didepan klinik doc yang aku selalu jumpa. Pendekan cerita, selepas aku keguguran (nie keguguran kali yg ke 4), selepas 2 bulan aku preggy lagi & Alhamdulillah kali nie kandungan aku berjaya bertahan sampai ke 9 bulan.. Maka lahirlah anak aku yg handsome nak rak (puji anak sendiri hahaha).. X tahu nak describe feeling aku & suami macam mana bila anak aku lahir masa tu…
    Pendekan cerita lagi masa anak aku umur 1 tahun 9 bulan suami aku bawak pergi bercuti lagi ditempat sejuk hahaha.. Balik dari bercuti aku preggy lagi hahaha. Skrg anak aku yang no 2 dah almost setahun..
    So pada sesiapa yang inginkan zuriat, jangan sesekali kenal erti putus asa & HARUS sama2 suami dan isteri berusaha utk mendapat zuriat… Berdoa selalu & merayu pd ALLAH agar beri peneman ank yg soleh & solehah dlm kehidupan korang.. HARUS YAKIN… Ok bye ?

  11. Wil says:

    10 tahun dah aku menunggu, moga Allah kurniakan zuriat buatku, buatmu mz nina dan juga para wanita yg masih menunggu zuriat. Aamiin…

  12. Sitin says:

    Ala..ni semua kerja tuhan. Xpe..relax je. Klu ada rezeki ada la..klu xde..ada rezeki lain yg Allah bg. Sllnya org yg xde ank lebih romantik. Xpe la..apa2 pun..semaga tabah dan sabar

  13. Anonymous says:

    Aku doakan Noh and Mizz Nina dikurniakan zuriat dan sentiasa dlam keadaan gembira. Sedih baca mereka yang berusaha nakkan anak tapi rezeki takde lagi. Tapi takpe, Allah sentiasa ada perancangan yang lagi elok untuk kita. Moga Noh and Mizz Nina dapat perkabharan yang baik suatu hari nanti!

  14. Kerry says:

    Things we do for love :) Hanya yang melalui keperitan menanti zuriat saja yang memahami perkara ni. Happy for those yang mudah dapat anak, mudah bunting pelamin. But for people like us, it is very challenging. Tekanan emosi orang sekeliling, nak berdepan medical checking tu pun perlu kekuatan dan keberanian yang kuat, dimasa yang sama nak keep the husband happy so he stick with us. Its not easy to keep your marriage when youre struggling at this. Been married for few yrs and recently finalise divorced. He finally get his dream son, but unfortunately not with me. While Im busy trying to get myself conceived, he also busy impregnating other girl. Lols. I pray all of my ttc-ians will get the double line soon. Keep on going. Take care and love yourself first.

  15. Anonymous says:

    Setiap org punya ujian yg berbeza. Diaorang ni kaya harta tapi belum ada rezeki dpt anak supaya mereka punya peluang utk berbuat amal. Esok lusa dgn segala usaha & doa yg telah mereka buat, pasti ada ganjaran dariNYA. Teruskan berusaha & beramal.

  16. Anonymous says:

    Teruskan je jdi pasangan somi isteri sampai ke Jannah wlapun x ada zuriat skrg Allah bgi. Yg buruk dri kita yg baik dri Nya.

  17. Elly says:

    Mungkin Allah S.W.T bg rezeki yg lain pd noh & mizz nina… In shaa Allah akan ada rezeki zuriat utk noh & mizz nina… Semoga noh & mizz nina akan terus berusaha… Mmg akan timbul rasa cemburu bila tgk org lain mempunyai anak… Sy sdri belum lg mempunyai anak wpun dh berkahwin selama 15 thn… Kami tdk ada masalah…mungkin blm nk ada rezeki lg… In shaa Allah akan ada rezeki kita utk mempunyai zuriat… Jgn berhenti berdoa & usaha…

  18. alhamdulillah successful IVF says:

    Baca comment org lain buat saya nak comment. Tak bermakna perempuan yang kene cucuk sana sini dia yang ade problem. kalau husband problem pun still wife yang kne inject hormon bagai. pickup ovum sebab nak senyawakan kat luar. dan dalam masalah ni tak perlu nak cakap siapa yang problem.

    Ni la salah satu contoh usaha pasangan yang dah lama kahwin dan nak anak, tak kira la iui ke ivf ke procedure dia memerlukan fizikal dan yang paling penting mental prepared.

    Saya doakan semoga pasangan ini dan setiap pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat satu hari akan makbul doanya. Berusahalah selagi terdaya dan jangan berhenti berdoa dan berharap. insya Allah Allah dengar doa hamba -Nya.

    Dan buat masyarakat di luar sana sudah-sudah la asyik nak cakap sumai ke isteri yang problem. tak payah la benda-benda yang boleh mengguris hati pasangan yang belum dikurniakan zuriat. semua pasanagan yang dah berkahwin mesti nak anak. Semoga kita semua sentiasa sabar dalam ujian dan sentiasa dalam rahmat Allah

Leave a Reply to Bravoo_girl Cancel reply