“Sedih Tengok Kawan Sendiri Tak Cakna” – Nadzmi Adhwa Terkilan Masih Ada Artis Terima Tawaran Produk Diboikot

Trending

“Sedih Tengok Kawan Sendiri Tak Cakna” – Nadzmi Adhwa Terkilan Masih Ada Artis Terima Tawaran Produk Diboikot

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila masih ada rakan-rakan dalam industri hiburan yang dilihat tidak mengambil serius isu boikot produk yang dikaitkan dengan penindasan rakyat Palestin.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Adhwa mempersoalkan mengapa segelintir artis masih sanggup menerima tawaran daripada jenama yang didakwa menyumbang kepada rejim Zionis.

Advertisement

nadzmi adhwa condemn rakan artis

“Masih juga tanak boikot, tak mati kot kalau tak makan duit haram isswell tu. Berapa sangat tawaran untuk produk diorang sampai kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu?

Tulisnya lagi,

Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang pada pembunuhan saudara kita di sana? Sedih lah tengok kawan-kawan sendiri dalam industri pun tak cakna.

Luahan Adhwa itu pantas mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya menyokong pendiriannya, malah ada yang menyifatkan kenyataan itu wajar dijadikan peringatan kepada selebriti lain agar lebih berhati-hati dalam memilih jenama untuk berkolaborasi.

Tidak kurang juga yang memuji Adhwa kerana berani bersuara lantang demi membela nasib rakyat Palestin.

nadzmi adhwa
2025-09-24 15:04:24

Dipersoal Tak Ikut Ardell Ke GSF, Nadzmi Adhwa 'Naik Angin' - "Ada Hantar Nama Tapi Tak Terpilih"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...