“Sedih, Tapi Kehidupan Mesti Diteruskan..” – Datin Paduka Eina Azman Dedah Punca Dia Menangis Di Instagram

Hiburan

“Sedih, Tapi Kehidupan Mesti Diteruskan..” – Datin Paduka Eina Azman Dedah Punca Dia Menangis Di Instagram

Semalam, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik video memaparkan dirinya menangis teresak-esak di Instagram.

Video itu sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya berharap ia tidak berpunca dari rumah tangga yang berantakan ataupun kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan aktres itu.

Advertisement

Manakan tidaknya, video tersebut turut diiringi kapsyen berbaur sedih seperti dikecewakan seseorang.

“Jika seseorang itu tidak menghargai kehadiran anda, biarkan mereka hargai kehilangan anda” tulisnya.

@einaazman13

???

? Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Terkini, pelakon drama bersiri The Maid itu telah tampil menjelaskan bahawa dia sudah ‘move on’ meskipun masih bersedih.

Sedih, sedih juga but kehidupan mesti diteruskan. Jom sambung kerja.

Sorry lah semalam Eina emosi sikit. Mungkin sebab Eina banyak kerja, penat sangat jadi teremosi lebih. Tapi saya dah lebih baik sekarang.

Jelasnya lagi, memang ada perkara yang mengganggu fikirannya pada ketika ini namun berharap mereka di luar sana lebih memahami perasaannya.

Instagram Datin EinaSumber : Instagram  

Terdahulu, peminat tampil membuat andaian sendiri apabila isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu membuat status ‘mengundang’ tanda tanya.

Rata-rata mengandaikan wanita itu mempunyai masalah rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga.

2 years ago

Kongsi Video Menangis & Luahan Rasa Tak Dihargai, Eina Azman Buat Netizen Bimbang - "Tolonglah Jangan Kes Sondol"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...