Penghujung Januari lalu, pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie dikhabarkan telah berpisah dengan suami, Eilyas Azhar. Perkara itu diumumkan oleh Zarina sendiri di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting terbaru, Zarina memaklumkan proses penceraian hari ini telah berjalan dengan lancar. Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju dilihat berjubah hitam ke Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan.
View this post on Instagram
Alhamdullilah semua dah selesai dan berjalan dengan lancar. Dan thank you to Yas jugak everything went smoothly. And thank you to all netizens yang sentiasa DM Anju kasi kata-kata semangat dan always support Anju.
I love all of u cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat Yas tadi.
Di kesempatan itu, Anju mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Anju sangat menghargai semua sokongan dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya.
Walau bagaimanapun, dia sedikit sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada bekas suami.