“Sedih Saya Siapa Tahu..” – Fiza Halim Akui Rindu Anak, 3 Bulan Tak Jumpa

Hiburan

“Sedih Saya Siapa Tahu..” – Fiza Halim Akui Rindu Anak, 3 Bulan Tak Jumpa

Pelakon Fiza Halim akui telah menerima pelbagai tohmahan selepas dituduh oleh adik iparnya sendiri bahawa dia merupakan kaki sondol dan mata duitan baru-baru ini.

Fiza Halim
3 years ago

Terpaksa Kunci Mulut, Fiza Halim Jelas Sebab Tak Jawab Tuduhan 'Kaki Sondol'

Advertisement

Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, dia menganggap hal yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini merupakan sebahagian daripada ujian hidup dan menerima sebagai qada dan qadar.

Semua yang berlaku sudah pun tertulis. Ada yang menghina, mencaci, mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa.

Dalam hantaran yang sama dibuat olehnya di Instagram itu, dia turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT memakbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini.

Fiza Halim dan Baby AleenaSumber : IG Fiza Halim  

Sedia maklum, sebelum ini pada tanggal 11 Julai, nama Fiza Halim menjadi bualan orang ramai di Twitter selepas seorang individu yang juga merupakan bekas adik iparnya mendakwa pelakon tersebut seseorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...