December 7th, 2019

Sejak beberapa hari ini, kecoh dengan isu susu pisang ‘Nilofa’ yang baru dipasarkan oleh usahawan berjaya iaitu Neelofa.

Ramai menyelar pemasaran produk tersebut itu yang seperti ‘overclaim’ tentang kebaikannya daripada sudut kesihatan. Katanya, susu pisang itu boleh mengurangkan obesiti, tekanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma.

susu pisang nilofa

Ditanya mengenai hal itu, Neelofa nyata kecewa dengan respons yang diberikan oleh orang ramai kepadanya sebagai orang baru dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Wanita cantik itu menganggap hal susu pisang itu menjadi isu yang besar berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang baginya mahu menjatuhkan bangsa sendiri.

Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.

susu pisang nilofa

Tambah Neelofa lagi, banyak lagi produk lain di pasaran yang tidak mematuhi piawaian tetapi hanya kerana Nilofa adalah produk di bawah namanya, ramai yang cuba menjatuhkannya.

Itu sebab saya sedih orang Melayu nak jatuhkan Melayu. Saya rasa sikap tu perlu tukar.

Mana sokongan? Kalau nak lebih ramai anak Melayu berjaya ni bukan sikap yang kita mahukan.

Bukan sahaja daripada aspek kesihatan, ramai juga yang mempertikaikan kandungan gula di dalam susu pisang ‘Nilofa’ yang dikatakan tinggi.

susu pisang nilofa

Membalas soal itu, Neelofa meminta pihak tersebut supaya membuat perbandingan sendiri dengan produk susu pisang yang lain.

Saya nak minta siapa yang pertikaikan beli susu di luar sana bandingkan dengan (susu) Nilofa.

Setakat ni antara susu pisang jenama lain di Malaysia kami punya kandungan paling rendah iaitu 9.5 gram berbanding lain yang kebanyakannya adalah 10 dan 11 gram.

Biasalah, pasti ada halangan apabila berkecimpung dalam dunia perniagaan. Bertabah Neelofa!

Sumber: MalaysiaKini


32 responses to ““Sedih Orang Melayu Nak Jatuhkan Bangsa Sendiri” – Neelofa Kesal Isu Susu Pisang Diperbesarkan”

  1. saya says:

    lagi sedih.. bila melayu jugaklah yang merosakkan melayu dgn produk yg mcm2 campuran :(

  2. Anonymous says:

    Memang bagus pon orang ramai berjemaah report products yg overclaim ni so that founders2 yg tak beretika ni dapat pengajaran. And for lofa to feign ignorance about advertisement dia yg overclaim tu seriously tak logic sebab dia sendiri follow page Nilofa susu pisang tu. Dia boleh nampak segala apa yang di-advertise on that page.

    Ni kira nasib baik la dia ditegur kat peringkat awal2 nak keluarkan. Kalau a few years down the road orang dok minum je susu pisang dia ni with hopes of reducing obesity or segala apa benda karut dia claim boleh kurangkan tapi benda sebaliknya berlaku AND kena saman for it, feigning ignorance aint gonna help her in court. Feigning ignorance is NOT an excuse to get out of whatever shit you’re accused of in court

Loading...