Written by Irsa | December 7th, 2019

Sejak beberapa hari ini, kecoh dengan isu susu pisang ‘Nilofa’ yang baru dipasarkan oleh usahawan berjaya iaitu Neelofa.

Ramai menyelar pemasaran produk tersebut itu yang seperti ‘overclaim’ tentang kebaikannya daripada sudut kesihatan. Katanya, susu pisang itu boleh mengurangkan obesiti, tekanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma.

susu pisang nilofa

Ditanya mengenai hal itu, Neelofa nyata kecewa dengan respons yang diberikan oleh orang ramai kepadanya sebagai orang baru dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Wanita cantik itu menganggap hal susu pisang itu menjadi isu yang besar berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang baginya mahu menjatuhkan bangsa sendiri.

Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.

susu pisang nilofa

Tambah Neelofa lagi, banyak lagi produk lain di pasaran yang tidak mematuhi piawaian tetapi hanya kerana Nilofa adalah produk di bawah namanya, ramai yang cuba menjatuhkannya.

Itu sebab saya sedih orang Melayu nak jatuhkan Melayu. Saya rasa sikap tu perlu tukar.

Mana sokongan? Kalau nak lebih ramai anak Melayu berjaya ni bukan sikap yang kita mahukan.

Bukan sahaja daripada aspek kesihatan, ramai juga yang mempertikaikan kandungan gula di dalam susu pisang ‘Nilofa’ yang dikatakan tinggi.

susu pisang nilofa

Membalas soal itu, Neelofa meminta pihak tersebut supaya membuat perbandingan sendiri dengan produk susu pisang yang lain.

Saya nak minta siapa yang pertikaikan beli susu di luar sana bandingkan dengan (susu) Nilofa.

Setakat ni antara susu pisang jenama lain di Malaysia kami punya kandungan paling rendah iaitu 9.5 gram berbanding lain yang kebanyakannya adalah 10 dan 11 gram.

Biasalah, pasti ada halangan apabila berkecimpung dalam dunia perniagaan. Bertabah Neelofa!

Sumber: MalaysiaKini

32 responses to “Sedih Orang Melayu Nak Jatuhkan Bangsa Sendiri” – Neelofa Kesal Isu Susu Pisang Diperbesarkan

  1. duradira says:

    aku paling menyampah org melayu perangai mcm ni.kalau niat kau nak tolong BANGSA kau,kau jgn main tipu..overclaim susu ni boleh kurangkan obesiti,tekanan darah bagai.kau tau tak BANGSA kau ada yg malas baca.kalau dorang buta tuli je beli sbb pecaya kata-kata kau tanpa baca dan selidik ingredients mcm mn.BANGSA kau penyumbang kepada pesaket darah tinggi jantung tu semua.kau yg menjatuhkan bangsa kau tau takkk.

    yang menegur mmg perlu dia tegur secara terbuka.sebab benda ni dah viral.jd DR AMALINA,DR RAFIDAH da jalankan tanggungjawab dorang.dorang nmpk overclaim tu dorang tego.

    kau plak pk bangsa kau nak jatuhkan kau.apa benda la kau ni lopa.belajar kata 10A tapi bodoh tak boleh dibawak bincang.

    patut tu respon secara profesional.owh.ada org tegur.ok.aku kn betulkan produk aku.aku br dlm f&b.so aku byk kn blaja..ni tiba bila org tu tego-MELAYU nak JATUHKAN MELAYU.
    tu tanda dia bagi sokongan supaya kau berubah dan produce produk yang betol2 berkhasiat (kalau kau mmg aim nk buat produk berkhasiat).takkan bagi sokongan dia kena iakan benda yang salah.tu bukan bg sokongan.tu nak menjatuhkan kau lg adalah.sokong kau buat benda bodo dan salah.

    eh tak paham la aku ada org macam ni..eh!

  2. Lokan says:

    Orang melayu mmg begitu.. Menyalak banyak.. Bagi awareness berjela jela. Tapi sendiri melahap gula banyak2 hari2. Kalau betul la banteras iklan salah la apa la. Takde ya Produk jamu jamu kat pasaran. Tapi ado je lagi Ken… Netizen beria menyalak bagi kesedaran.. 1 minggu je lah tahan. Founder makin kaya.. Korang yg kutuk2 bukan dapat apooooo hahhahaa

  3. Juju says:

    Aku okay jugak kalau org nak tegur pasal salah iklan ni. Tapi kalau lepas ni dia dah minta maaf n betul kan sume. Harap netizen ke tak payah la nak bising dah. Biar je la target market yg beli barang dia..lepas dia betul kan lepas ni jgn la org lain bising pasal kandungan gula la apa. Pilihan masing2 nak hidup sihat ke nak minum sekilo gula ke.

  4. loaf of bread says:

    tak sangka neelofa yang dah international ni masih low class nak main statement “bangsa sendiri tutup periuk nasi sesama bangsa”. so entitled. nak makan duit halal, berniaga la dengan jujur.

  5. Noona says:

    Ni apehal main race card pula ni? Kalau dah tak letak original fruit, of course lah salah! Ni la orang kata, megheta gheta. Bebel berjela emotionally. Alahai, yg ko kat oversea tu attended fashion week dgn pakai baju X lengkap aurat, takde pula orang tegur. If tegur, nak cakap iniiilaaa melayuuu jugak ke?

    Wake up! Be professional la! Ntahapeapentah. Sket sket melayu. Sket2 melayu. Tak boleh kena tegur langsung eh?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini