“Sedih Nak Bagitahu..” – Tawaran Berlakon Drama TV Puteri Balqis Ditarik Balik?

Hiburan

“Sedih Nak Bagitahu..” – Tawaran Berlakon Drama TV Puteri Balqis Ditarik Balik?

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis mengenai bapa kandungnya, Azizi Aziz yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap dirinya sejak berusia 6 tahun.

Susulan itu, dakwaan kes cabul itu telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya memberi pelbagai respon dan pendapat berbeza berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh pelakon itu kepada bapanya.

Advertisement

Bagaimanapun, gara-gara kes itu menjadi tular, nama Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish telah digugurkan daripada penggambaran drama di siaran sebuah televisyen swasta.

Menurut laporan Boom, perkara itu telah didedahkan sendiri oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengakui bimbang memikirkan masa depan kerjaya seni anaknya.

Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.

Bukan itu sahaja, Ashikin turut bimbang mengenai hasil penjualan buku nukilan anaknya sendiri iaitu ‘38 Poems of Puteri Balqis‘ akan berkurangan memandangkan itu merupakan salah satu hasil pendapatan mereka.

Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan.

Walaupun bimbang akan kelangsungan hidup, Ashikin percaya dengan rezeki yang diatur Allah buat mereka berdua.

Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat

Difahamkan, nama Aqish telah digugurkan selepas pelakon itu secara terbuka membuat pendedahan pernah dicabul bapanya menerusi temu bual podcast Bros Gang TV.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD Gara-Gara Trauma Dengan Peristiwa Lalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Boom!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 8, 2022 at 11:26 pm

    Rezeki Allah luas puan Asikin jgn takut Allah s w t sentiasa melindungi hamba2nya dan rezeki itu Allah s w t dah aturkan cuma kita hambanya tak tahu .bila dan dimana .insyaaAllah ada rezeki lain .Allah s w t tak zalim terhadap hamba2 nya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...