“Sedih Jika Sebab Kebiadaban & Campur Tangan Hampa, Fatin Tak Dapat Nafkah Lagi..” – Chazynash Bersuara Dakwaan Fitnah Abai Bekas Isteri

Kehidupan

“Sedih Jika Sebab Kebiadaban & Campur Tangan Hampa, Fatin Tak Dapat Nafkah Lagi..” – Chazynash Bersuara Dakwaan Fitnah Abai Bekas Isteri

Personaliti media sosial, Chazynash akhirnya tampil memberikan penjelasan selepas namanya menjadi bualan netizen berhubung dakwaan gagal menunaikan nafkah serta isu campur tangan adik-beradik bekas isterinya.

Menerusi satu kenyataan panjang yang dimuat naik di Threads, Chazynash menegaskan bahawa dia selama ini memilih untuk berdiam diri, namun tindakan itu disalah tafsir sehingga mencetuskan pelbagai tohmahan tidak berasas terhadap dirinya.

Advertisement

Menurut Chazynash, jumlah keseluruhan nafkah dan perbelanjaan anak-anak yang ditanggungnya setiap bulan mencecah RM8,200, merangkumi tempat tinggal, kenderaan, pendidikan, makan minum, barangan dapur, insurans, internet, bil elektrik dan air, dispenser air serta upah pemandu bagi urusan menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah. Malah, makan tengah hari anak-anak di sekolah juga disediakan olehnya melalui orang yang diupah untuk memasak.

Mengulas isu rumah dan kenderaan yang masih digunakan bekas isteri, Chazynash menjelaskan bahawa perkara tersebut dibuat atas dasar belas ihsan dan telah dipersetujui melalui satu perjanjian yang jelas.

 

Namun, beliau menegaskan kemudahan tersebut akan dihentikan sekiranya bekas isterinya berkahwin semula, kerana tanggungjawab sepenuhnya perlu dipikul oleh suami baharu.

Chazynash turut meluahkan rasa kecewa terhadap campur tangan pihak luar termasuk adik-beradik bekas isteri serta netizen, yang menurutnya telah menjejaskan keadaan dan menyebabkan situasi menjadi lebih rumit.

“Cukuplah saya difitnah dan dipandang serong, sedangkan selama ini saya telah berusaha sedaya upaya melaksanakan amanah yang sepatutnya,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-26 11:26:14

Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Hantaran Bekas Isteri Jadi Tumpuan - "Insyaallah Berkat Doa Hampa Fatin Kuat"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...