Rasanya ramai yang terkesan dengan kisah kematian Siti Nur Surya Ismail yang menggegarkan Malaysia baru-baru ini.
Terkesan dengan musibah yang menimpa keluarga arwah, Ustaz Ebit Liew telah bergegas ke Terengganu bagi menziarahi sendiri keluarga kepada mangsa pembunuhan kejam itu.
Cerita pendakwah terkenal itu, ayah arwah terus datang memeluknya dan menangis selepas dia sampai ke rumah keluarga tersebut. Kata lelaki tua itu, dia terharu dengan kehadiran pendakwah itu.
“Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.”
Menurut Ustaz Ebit Liew, ayahnya menceritakan bahawa arwah merupakan seorang anak yang baik. Selepas tamat sahaja SPM, terus sahaja dia menjaga ibunya yang menghadapi sakit kanser.
“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa.”
Tambah pendakwah ini lagi, mak arwah turut mengenalinya dan sentiasa melihatnya meskipun berada dalam keadaan yang kurang sihat.
Di kesempatan itu, Ustaz Ebit Liew turut berkongsi kisah ketabahan hati Nabi Yakob A.S kepada keluarga tersebut sebagai teladan buat semua.
Bahkan pendakwah itu turut tidak lupa memberikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga itu selepas insiden hiba yang baru sahaja menimpa ini.
Melihatkan usaha Ustaz Ebit Liew ini, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan berharap agar keluarga arwah berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.