Sedih Dan Kecewa Lihat Segelintir Pengusaha Kantin Jual Lauk Kepala Ikan Pada Pelajar

Trending

Sedih Dan Kecewa Lihat Segelintir Pengusaha Kantin Jual Lauk Kepala Ikan Pada Pelajar

YaAllah. Hanya Kau yang tahu apa yang akan saya ceritakan disini adalah semata-mata ingin meluahkan rasa hiba dan kasihan seorang ibu dan demi Allah tiada langsung niat untuk menganiaya atau menjatuhkan orang.

Saya mohon pada sesiapa yang membaca tulisan saya ini fikir la sendiri samada ianya patut atau tidak brlaku.

Advertisement

Kisahnya semalam sewaktu rehat kelas koko, saya menghantar bekal untuk anak saya dan duduk makan di kantin sekolah. Kemudian datang seorg kawannya duduk pula makan disebelahnya.

Apa yang saya lihat cara murid itu makan memang dia tengah lapar sangat sedangkan apa yang dimakan (dibeli dari kantin) hanyalah sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng.

Saya tanya pada anak itu berapa harganya? Rm2.00. Jawabnya seperti hampa sambil menguis-nguis sayur seperti mncari sesuatu.

Saya tanya lagi: ” Lauk tu je?”
Dengan perlahan dia menjawab : ” haah..”

Dan saya perhatikn selepas 2-3 ×, suapannya mulai perlahan. Seakan makan terpaksa. Saya tiba-tiba jadi sebak yang teramat dan rasa bersalah.

Kerana dalam waktu yang sama anak saya sedang enak menikmati nasi berlaukkan ayam goreng, kari dan syur. Diam-diam saya menangis.

Toleh pula ke kiri, sorang lagi murid sedang menikmati nasi putih dengan kepala ikan keli yang diletak sedikit kuah lada kot.

YaRabbi, luluh hati. Lihat sendiri la pada gambar. Harganya juga RM2.00. Saya juga meniaga makanan. Semua orang nak untung tapi jangan la sampai begini.

Jujur dan ikhlaslah kerana mereka bayar dengan duit. Mereka lapar. Walaupun kanak-kanak mereka juga ada rasa dan perasaan.

Tak bolehkah mereka dilayan seperti anak sendiri. Tak kesian ke?

Kita berniaga mencari rezeki untuk keluarga jadi darah daging dan mahukan keberkatan dunia akhirat.

Patutnya bersyukur kerana kita ditakdirkan berurusniaga dengan anak-anak kecil yang sedang mencari ilmu, yang masih suci, yang bersih jiwanya. Ahli-ahli syurga inshaAllah.

Allah swt beri jalan yang luas untuk kita melabur saham untuk akhirat. Sambil meniaga. Tak nampak ke? Kenapa disia-siakan peluang ini.

Lebih kurang kira sedekah. Rugi sangat ke? Janganlah kerana mereka anak-anak kecil yang tak tau apa-apa, kita ambil kesempatan.

Fikir tak anak-anak kecil sepatutnya disediakan makanan yang baik dan berzat kerana mereka dalam proses membesar.

Hibanya saya masih terasa hingga ke saat saya sedang menulis ini. Airmata masih juga tak mahu berhenti. Tambahan pula mereka ini kebanyakkannya bukanlah ank-anak orang senang.

Ayah ibu sibuk mencari rezeki. Dan percaya dengan kita untuk makan minum anak mereka semasa disekolah. Tapi amanahkah kita kalau begini?!.

Inilah puncanya anak-anak saya sentiasa ditemani bekal. Bukan tujuan saya nak menunjuk pandai jauh sekali untuk mengajar. Kerana saya juga serba kekurangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...