Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco dilaporkan menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.
Berita duka itu dimaklumkan isteri AG, Zuliana Eusoff menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, semalam.
Menurut Zuliana, suaminya itu kini sedang menjalani pembedahan ‘ureteric stent insertion’ iaitu prosedur memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing.
Suami saya AG Coco akan menjalani pembedahan kecil (memasukkan stent ureter) untuk batu karang di buah pinggangnya.
Saya sangat menghargai jika anda semua dapat mendoakan AG Coco supaya diberikan kestabilan dan kesembuhan kerana dia juga pada awalnya didiagnos dengan penyakit buah pinggang tahap tiga.
Zuliana dalam pada itu meluahkan rasa sebak kerana tidak dapat berada di samping AG Coco pada ketika ini kerana berada di United Kingdom bersama anak mereka, Hidayat Hezry.
Sekadar info, AG atau nama sebenarnya Hedzry Hafidz dan isteri, Zuliana telah bernikah pada 10 Disember 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berumur 6 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.