Alhamdulillah. Semakin bangga kami melihat satu demi satu kejayaan yang dicapai oleh Ustaz Ebit Lew. Selepas membuka puluhan pasar raya ElewsMart yang menawarkan barangan dengan harga yang murah untuk membantu golongan yang kurang berupaya, kini beliau mara setapak lagi dengan menyediakan “FoodBank” di kesemua pasar raya miliknya.
Dengan berkonsepkan “Take What You Need, Give What You Can”, kehadiran FoodBank ini sudah semestinya dinanti-nantikan oleh mereka yang kurang berkemampuan. Selain itu, orang ramai juga turut berpeluang meletak barangan pada rak yang tersedia.
Kongsi Ustaz Ebit Liew di laman sosialnya:-
Susulan itu, para netizen telah memuji usaha murni yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Liew ini. Seperti yang kita ketahui, memang ramai rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang nak makan pun tak boleh.