Sedia Untuk Berkahwin, Usop Big Stage ‘Tayang’ Kekasih Hati Anak Mami

Hiburan

Sedia Untuk Berkahwin, Usop Big Stage ‘Tayang’ Kekasih Hati Anak Mami

Jika sebelum ini penyanyi Usop mendedahkan bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, nampaknya naib juara program Big Stage 2020 itu mula berkongsi foto bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Teha di media sosial.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful naim Muhammad Noor,23, turut berkata bahawa dirinya sudah bersedia berkongsikan mengenai teman wanitanya itu apabila mula berkongsi foto ketika di sebuah majlis kejutan sempena ulang tahun kelahirannya pada malam 25 Oktober lalu.

Advertisement

“Nama dia Nur Fatehah, berusia 26 tahun dan dia kerja biasa saja di pejabat. Bagi saya, saya okay saja bila Teha berkongsi momen-momen bersama saya di laman sosial sebab saya tak pernah dapat kejutan macam tu dari orang yang saya sayang. Saya rasa sangat dihargai,”

Usop yang dihubungi media menambah bahawa mereka sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing dan sudah lama berhajar untuk menamatkan zaman bujangnya.

Dalam pada itu, Usop mengatakan bahawa dia  turut memberi tunjuk ajar kepada buah hatinya tentang cabaran dalam dunia hiburan.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...