Setiap tahun, Watsons pasti akan membawa ahli Watsons yang bertuah untuk pergi bercuti ke luar negara betul tak?
Untuk kali ini, memandangkan Watsons akan mengadakan acara K-Beauty Festa – The Seoul’s Dreamland, mereka tak sabar nak bawa anda yang bertuah untuk ikut bercuti bersama mereka ke Seoul, Korea! Bestnya, untung jadi ahli Watsons ni kan!
Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan.
Rasai Pengalaman Seperti Dalam Drama Bersama Watsons!
Macam biasa, setiap tahun, Watsons akan menganjurkan acara K-Beauty Festa, di mana terdapat pelbagai jenama kecantikan, aktiviti, tawaran dan hadiah menarik yang boleh dimenangi.
Untuk tahun ini, Watsons Malaysia bekerjasama dengan pelukis tempatan, Yellobanana untuk membantu menghidupkan lagi acara K-Beauty Festa – The Seoul’s Dreamland tau.
Kalau tanya kami, anda memang rugi besar kalau tak sertai K-Beauty Festa ni sebab anda mungkin yang Watsons cari untuk bercuti ke Korea! Bestkan?!
Sempena acara K-Beauty Festa – Seoul’s Dreamland, Watsons akan mengadakan peraduan Spend & Win K-Beauty, dengan kerjasama Suka, Muslim Friendly Travel!
Dengan setiap perbelanjaan minima RM120 untuk jenama terpilih di kedai atau online Watsons, anda berpeluang untuk memenangi hadiah berikut:
– Hadiah Utama: Pakej percutian 6 hari 4 malam ke Seoul, Korea untuk 10 ahli Watsons yang bertuah
– Hadiah Sagu Hati: 20 set produk K-Beauty bernilai RM500
Bukan itu saja, ada banyak lagi tawaran menarik yang anda boleh nikmati seperti:
– diskaun segera RM10 untuk jenama terpilih
– hadiah percuma eksklusif rekaan Yellowbanana dengan pembelian minima
– Beg comel percuma dengan pembelian RM150 ke atas
– pin enamel edisi terhad RM9.90 dengan pembelian
Tempoh peraduan Spend & Win K-Beauty ini akan bermula dari 15 April hingga 5 Mei 2025 saja tau. Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang, mungkin anda yang Watsons cari!
Selami Rahsia Kecantikan Wanita Korea Di K-Beauty Festa!
Haa, tapi sebelum anda berangan nak jumpa Oppa, apa kata anda persiapkan diri dan tampil lebih jelita bak gadis Korea dengan produk kecantikan daripada Korea di K-Beauty Festa – The Seoul’s Dreamland!
Kalau anda nak tahu, untuk acara K-Beauty Festa – The Seoul’s Dreamland ini terdapat kempen yang hebat di Mid Valley Exhibition Centre, (Hall 1), Watsons akan membawa masuk sehingga 80 jenama terkemuka, daripada produk penjagaan diri, penjagaan kulit, penjagaan kesihatan, hingga produk kosmetik tau.
Antara jenama terkenal yang ada adalah seperti 3CE, Beauty of Joseon, SimplyHeal, PINK by Pure Beauty dan banyak lagi.
Psst, siapa dekat sini memang minat sangat dengan patch jerawat yang comel, rugi kalau tak datang sebab SimplyHeal bawa Limited Edition Acne Patch khas untuk K-Beauty Festa! Nak tahu patch jerawat eksklusif tu dari SimplyHeal? Wajib datang, baru tahu!
Selain itu, menerusi acara ini juga, anda berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik, menerokai produk kecantikan kegemaran dan nikmati pelbagai tawaran eksklusif, khas sepanjang acara ini berlangsung tau!
Anda juga boleh menebus produk miniatur secara percuma dari gerai-gerai terpilih serta mendapatkan banyak maklumat menarik tentang produk K-Beauty yang anda ingin cuba.
Haa, best kan acara K-Beauty Festa – The Seoul’s Dreamland daripada Watsons ni? Untuk anda yang nak sertai, berikut adalah maklumat lanjut untuk acara ini:
Tarikh: 24 hingga 27 April 2025
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Tempat: Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1)
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga untuk meriahkan acara K-Beauty Festa – The Seoul’s Dreamland ni okay?
Jangan lupa juga untuk sertai peraduan K-Beauty Spend & Win untuk menerokai dunia Korea! Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.