Sedia Mansuh Tol Motosikal Di Tuas

Trending

Sedia Mansuh Tol Motosikal Di Tuas

Seperti yang kita semua tahu, Singapura menjadi neegara untuk ramai rakyat Malaysia mencari rezeki. Ini akan menjadi berita baik untuk majoriti mereka yang bekerja di sana terutamanya buat mereka yang menunggang motosikal.

Pengguna motosikal  akan dikecualikan daripada tol S$0.40 (RM1.21) di tempat pemeriksaan Tuas sejajar dengan keputusan Malaysia untuk memansuhkan tol di Linkedua pada tahun hadapan.

Advertisement

Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sudah sedia maklum tentang cadangan Malaysia untuk memberi pengecualian tol kepada para penunggang motosikal yang melalui Linkedua untuk memasuki ke Singapura. Cadangan pihak Kerajaan Malaysia bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang keluar masuk ke negara itu setiap hari untuk bekerja.

“Sekiranya Malaysia mengurang atau membatalkan bayaran tol motosikal di Linkedua itu, Singapura akan menyesuaikan kadar tol yang dikaji semula oleh Malaysia,”- Jurucakap MOT

Linkedua adalah nama lebuh raya dan jambatan yang menyambungkan Malaysia dan Singapura. Dengan jarak keseluruhan sepanjang 47 kilometer bermula dari Tanjong Kupang hingga Senai di Johor. Jambatan berkembar itu itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas.

Sumber: PLUS

Ia merupakan laluan alternatif kepada Tambak Johor dan pastinya lebih cepat, mudah dan selamat. Selain itu, jambatan ini di bina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk masuk ke Singapura.

Sebenarnya, idea pembinaan jambatan ini datang pada tahun 1980 oleh Menteri Besar Johor pada waktu itu iaitu, Othman Saat. Pada 22 Mac 1994, satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Republik Singapura telah ditandatangani sebagai tanggungjawab kedua-dua kerajaan berkenaan reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan jambatan Linkedua

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) telah menurunkan kadar bayaran tol untuk semua kenderaan kecuali motosikal bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas.

Kadar tol itu dikurangkan lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak dari 10 pagi hingga 3 petang dan 11 malam hingga 5 pagi setiap hari. Purata 40,000 penunggang motosikal mengguna Linkedua setiap hari.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan tentang pemansuhan ini ketika beliau membentangkan belanjawan Jumaat lalu dan akan dimansuhkan mulai 1 Januari 2019.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...