“Sedia Bukti, Jangan Cakap Sedap Mulut” – Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak 26 Januari, Adam Shahz ‘Warning’ Fatin Afeefa

Hiburan

“Sedia Bukti, Jangan Cakap Sedap Mulut” – Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak 26 Januari, Adam Shahz ‘Warning’ Fatin Afeefa

Biarpun kini sudah bahagia dengan suami baru, kemelut di antara pelakon Fatin Afeefa bersama bekas suami, Adam Shahz masih belum selesai hingga ke hari ini.

Terbaharu, pelakon Adam Shahz telah memberi amaran kepada Fatin untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam atas sebutan pertama tuntutan hak penjagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia pada 26 Januari ini.

Advertisement

Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani memberitahu dirinya terpaksa mengambil tindakan seperti ini berikutan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan yang kini sudah berumur 7 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

Pelakon terbabit turut sempat memesan kepada bekas isteri untuk siap sedia menyediakan semua bukti berserta dokumen yang diminta agar kebenaran dapat ditegakkan.

Biarpun sedar ramai netizen mengecamnya, pelakon filem Juvana itu memilih untuk tidak membuat kecoh kerana enggan menjatuhkan maruah kedua-dua belah pihak ataupun keruhkan lagi keadaan.

Tapi kepada pihak belah sana, tolong bawa semua bukti-bukti dan dokumen. Jangan cakap sedap mulut sampai berlaku fitnah dan penghinaan terhadap saya.

Sekadar info, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, namun berpisah setelah 4 tahun bersama.

Adam Shahz
2 years ago

"Saya 'Up' Sebab Tertanya.." - Adam Shahz Dedah Fatin Afeefa Halang Jumpa, Takut Anak 'Pecah' Rahsia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...