Anggota kumpulan Elite, Azza, menarik perhatian warganet selepas memuat naik satu ciapan di Threads mengenai kehidupannya kini.
Dalam perkongsian ringkas tersebut, Azza mengakui dia lebih selesa menjalani gaya hidup sederhana dan jauh daripada sorotan glamor dunia hiburan.
Tulisnya di Threads,
Tenang betul .. kakza suka kehidupan yang tanpa spotlight yang megah .. bagi kakza sederhana itu adalah kakza.
Luahan itu mencetuskan respon positif daripada peminat yang memuji pilihan Azza untuk menjalani kehidupan lebih tenang, seimbang dan tidak terlalu mengejar populariti.
Ramai netizen turut mendoakan agar Azza terus bahagia dengan caranya sendiri, di samping menghargai dirinya yang tetap merendah diri walaupun pernah dikenali sebagai salah seorang artis popular era 90-an.