Niat seorang gadis ingin berkongsi rezeki gaji pertama dengan ibu tidak kesampaian apabila dia tersilap membuat transaksi ke nombor akaun orang lain.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, gadis yang dikenali sebagai Fahada Bistari meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk memberi kejutan kepada ibunya bertukar menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakannya.
Difahamkan, akibat terlalu teruja, gadis itu mengakui dia tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu dan ibunya juga memaklumkan bahawa tiada sebarang pemindahan wang dibuat ke dalam akaunya.
Aku sedih kenapa aku salah bank in..
Apa yang lebih menyedihkan apabila si penerima enggan mengembalikan semula wang yang dipindahkan ke dalam akaun tersebut, sebaliknya meminta untuk gadis itu untuk mengikhlaskan dan dianggap sebagai sedekah.
Mungkin tuhan nak uji aku, tuhan nak uji kejujuran budak tu. Hidup ni penuh dengan ujian.
Dalam pada itu, gadis itu menganggap apa yang terjadi ini adalah ujian diberikan Allah SWT kepadanya dan boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sewaktu membuat transaksi bank.
@fahadabistari Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi kata-kata positif kepada gadis itu dan mendoakan agar rezekinya diluaskan selain turut berharap penerima itu terbuka hati untuk memulangkan duit tersebut.
Malah, ada juga segelintir netizen yang berbaik hati ingin membantu dan sanggup untuk menggantikan nilai wang tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.