Sedar Tak Sedar, 6 Perbuatan Yang Dahulunya Janggal Namun Kini Dianggap Normal

Hiburan

Sedar Tak Sedar, 6 Perbuatan Yang Dahulunya Janggal Namun Kini Dianggap Normal

Mesti sejak beberapa bulan ini anda sering merenung ke luar jendela sambil mengimbau kembali keseronokan hidup tanpa peraturan dan sekatan. Berlari berpimpinan tangan dengan rakan-rakan di pusat beli-belah yang sesak ataupun tempat rekreasi popular, tapi sayang itu semua hanyalah kenangan lampau yang mungkin boleh dibukukan dalam naskhah sejarah tak lama nanti.

Dek kerana virus jahat yang kunjung tiba tanpa diundang, kita semua terpaksa tekan ‘reset’ pada gaya hidup lama dan mula amalkan pelbagai tips penjagaan diri yang dipandang remeh suatu ketika dahulu tapi merupakan norma baharu kini.

Advertisement

Lagi jauh daripada orang, lagi baik

A group of people walking in front of a crowd Description automatically generated

Kalau dulu anda tak kisah bersesak-sesak dengan orang ramai di tempat tumpuan ramai tapi tidak lagi kini. Sampaikan anda berfikir 10 kali sebelum buat keputusan nak redah lautan manusia dan risikokan diri dijangkiti wabak yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kalau keluar pun dah macam lalui misi ‘Mission Impossible’ asyik selit sana sini sebab tak nak tersentuh langsung dengan sesiapa!

Simpan stok pelitup muka macam simpan stok makanan ringan

A picture containing clothing, person Description automatically generated

Ingat tak saat anda pandang dengan penuh kehairanan apabila terserempak dengan sesiapa yang menggunakan pelitup muka di tempat awam pada suatu ketika dahulu? Siapa sangka bahawa kini anda adalah salah seorang daripada mereka. Punyalah paranoid wabak datang mengetuk pintu sampaikan anda simpan stok pelitup muka macam simpan stok makanan ringan. Jangan bawa sampai ke tidur sudahlah!

Sedar kewujudan hand sanitizer yang seperti halimunan sebelum ini

A picture containing lotion, bottle Description automatically generated

Bila singgah mana-mana farmasi atau pun Watsons, pasti anda pandang sepi sahaja dengan botol hand sanitizer yang tersusun rapi di rak. Pada firasat anda, buat apa membazir sedangkan boleh sahaja membersihkan tangan menggunakan sabun. Tak sangka bahawa produk itu sekarang ini menjadi rebutan ramai sehingga ‘sold out’, kalah orang serbu beli tiket konsert K-Pop tahu! Yalah, tak kan nak bawa sabun cuci tangan dalam beg pula kan? Cukup dengan perlindungan tangan daripada kuman dengan hand santizer apabila berada di luar.

Dah tak ‘sailang’ tisu daripada kawan atau pun tandas awam

A picture containing person, indoor, holding, food Description automatically generated

Mimpilah dahulu anda nak simpan stok tisu dalam beg mahupun kereta, renyah nak top-up stok baru setiap bulan kononnya. Jadi memang hobi anda ‘tapau’ tisu daripada kedai makan atau pun tandas awam. Tetapi kini dunia telah berubah, tisu merupakan salah satu item yang ‘terpaling’ penting dan wajib ada dalam beg dan mana-mana berdekatan dengan anda. Lebih baik mencegah daripada menyesal di kemudian hari!

Tak terpa masuk mana-mana kedai dengan suka hati

A close up of a piece of paper Description automatically generated

Zaman dah berubah ya, jangan buat malu dan menonong masuk mana-mana kedai suka-suka hati. Pastikan daftar dahulu informasi diri supaya senang pihak bertanggungjawab untuk jejak anda sekiranya ada sesiapa yang melawati premis tersebut dijangkiti virus berbahaya. Bukan sahaja untuk kebaikan anda tahu malahan untuk kebaikan semua orang!

Guna pembersih muka setiap dua jam

A picture containing person, person, room, table Description automatically generated

Memang dah jadi rutin cuci muka paling banyak dua kali sehari sahaja suatu ketika dahulu, rasa macam cukuplah banyak itu kan? Tapi tidak lagi kini kerana dek takutkan wabak datang melawat tanpa amaran, terus anda gigih sental muka berkali-kali dalam masa sehari. Sampaikan bilik air itu dah jadi seperti rumah kedua anda. Tak kisahlah keluar masuk bilik air banyak kali pun, asalkan terjamin jauh daripada apa-apa virus sekali pun!

Tapi timbul pula kerisauan lain! Adakah kulit muka tak terjejas kalau dicuci banyak kali?

Dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, anda boleh cuci muka sekerap mungkin tanpa perlu risau!

Buat apa berkasar untuk menanggalkan segala anasir jahat pada wajah, sedangkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser menjadikan pengalaman mencuci muka lebih menggembirakan kerana kelembutannya. Disebabkan oleh komponennya yang manja, anda tak perlu risau kulit menjadi kering dan bertompok sekiranya dipakai berulang kali.

Paling syok Cetaphil Gentle Skin Cleanser dicipta tanpa diskriminasi, sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah yang berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan senang berjerawat. Bukan itu sahaja, Cetaphil Gentle Skin Cleanser terbukti mengekalkan kelembapan kulit secukupnya sahaja dan kulit anda pasti akan kekal berseri setiap kali cucian. Seronoknya!

Bukan sekadar sembang kosong tahu, ini kerana 99% daripada wanita bersetuju bahawa Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersihkan kulit secara lembut dan dalam masa yang sama turut melembapkannya. Tepuk tangan semua kerana sifatnya yang bebas sabun dan pewangi tidak akan menyebabkan kulit anda mengalami masalah iritasi dan ia juga bekerja keras untuk menyeimbangkan pH pada permukaannya.

Dah tak sabar mahu miliki Cetaphil Gentle Skin Cleanser? Dapatkannya menerusi Promosi Ogos Watsons

Dah tak senang duduk untuk cuba sendiri Cetaphil Gentle Skin Cleanser selepas mendengar kehebatannya? Ini peluang keemasan untuk anda bagi memilikinya pada harga yang tak masuk akal.

PROMO 1 – Istimewa Hujung Minggu + 5% Potongan Ekstra Buat Ahli Watsons

Pastikan anda tak lepaskan peluang yang datang sekali seumur hidup ini untuk memiliki pelbagai produk Cetaphil pada harga yang berpatutan. Bayangkan anda boleh berbelanja bijak menerusi potongan harga 25% bagi produk Cetaphil pada Istimewa Hujung Minggu Watsons. Ahli Watsons juga boleh senyum sehingga ke telinga kerana anda layak untuk mendapat ekstra 5% diskaun ketika promosi hebat ini berlangsung.

Jangan lupa bahawa promosi Istimewa Hujung Minggu Watsons bakal mengambil tempat pada 30 Julai sehingga 31 Ogos manakala promosi khas untuk Ahli Watsons di mana 5% ekstra diskaun diberikan pula berlangsung daripada 27 Julai sehingga 2 Ogos sahaja.

Nah, ini senarai produk Cetaphil yang termasuk di bawah promosi ini:

  • 24% diskaun bagi Cetaphil Gentle Skin Cleanser 125ml
  • 25% diskaun bagi Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml
  • 22.1% diskaun bagi Cetaphil Ultra Gentle Bodywash
  • Beli 2 Cetaphil Trial Kit dan dapatkan 30% diskaun
  • 20% diskaun buat Cetaphil Moisturising Cream 50g
  • 25% diskaun buat Cetaphil Gentle Skin Cleanser 250ml

PROMO 2 – Watsons Baby Fair

Hebatnya Cetaphil ini kerana ia bukan sahaja memanjakan kulit orang dewasa malah turut menjaga kulit seawal usia bayi tahu. Bagi golongan ibu yang dah lama idamkan produk Cetaphil yang baik untuk kulit lembut bayi, anda wajib serbu promosi Watsons Baby Fair ini kerana anda boleh mendapatkan pelbagai rangkaian Cetaphil khas untuk bayi dengan diskaun 21%.

Tapi ingat, promosi menakjubkan ini hanya berlangsung daripada 28 Julai sehingga 31 Ogos buat pelanggan di Semenanjung Malaysia manakala pelanggan Sabah & Sarawak boleh menikmati tawaran ini bermula 4 Ogos sehingga 7 September nanti.

Bukan sahaja wajah, lindungi tubuh badan dengan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash!

Mesti anda dah terbiasa dengan sabun jenama lain yang pastinya menghakis permukaan kulit anda apabila kerap kali digunakan, tetapi tidak Cetaphil Ultra Gentle Body Wash. Jangan khuatir kerana ia memastikan kelembapan semula jadi pada permukaan kulit anda akan terus kekal di situ tanpa berganjak ke mana-mana.

Sesiapa yang mempunyai kulit sensitif boleh menarik nafas lega kerana Cetaphil Ultra Gentle Body Wash ini disahkan berkesan untuk isu kulit seperti anda. Serius tak tipu, pakar dermatologi sendiri dah sahkan bahawa cecair mandian ini sesuai untuk kulit sensitif kerana isi kandungannya yang lembut. Mengandungi Aloe Vera, Vitamin B5 dan kombinasi unik pelbagai pelembap menjanjikan kulit anda berasa bersih, lembut dan segar selepas digunakan.

Dengan adanya Cetaphil Ultra Gentle Body Wash, anda kini boleh membina perisai pada seluruh tubuh badan termasuk wajah daripada menjadi rumah kepada virus dan bakteria jahat!

C:\Users\steron.siow\Downloads\5.jpeg
Kalau anda masih lagi was-was, pelakon Lisa Surihani sendiri mengakui bahawa dia langsung tak bertukar pada pencuci muka yang lain selepas menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ketika mengandungkan anak keduanya lagi. Dalam memerangi wabak kini, produk Cetaphil nyata merupakan pilihan yang baik bagi semua yang mementingkan kesegaran meskipun menggunakan pencuci berkali-kali. Serius!

Jangan bazirkan waktu dan miliki kesemua produk Cetaphil ini dengan harga berpatutan semasa Promosi Ogos Watsons yang kini sedang berlangsung.

Risaukan keadaan di luar yang sepertinya menyebabkan anda mudah dijangkiti virus tidak diketahui, terus sahaja dapatkan produk Cetaphil secara atas talian menerusi laman web Watsons. Mudah pun mudah, malah anda tak perlu berebut dengan orang lain.

#StayHome dan #StaySafe tetapi jangan lupa untuk #StayHealthy bersama Cetaphil!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...