June 5th, 2020

Pasangan artis yang memang dinanti kelahiran cahaya mata oleh peminat, Nur Fazura dan Fattah Amin kini menanti detik kelahiran anak sulung pertama mereka tidak lama lagi.
Difahamkan, kandungan Nur Fazura kini sudah mencecah lima bulan. Menerusi perkembangan Instagram suami kepada aktres jelita itu, Fazura memberitahu peminat bahawa kini sepatu yang sering digayakannya sudah tidak muat.

Kelihatan dalam video itu juga sudah kelihatan ‘baby bump’. Comel sungguh!

View this post on Instagram

Quick trip to Bata to buy new shoes for the mommy. @missfazura ?? @batamalaysia

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

“Hari ini kami on the way pergi Bata! Yaayy! Dapat keluar. Saya akan beli kasut baru jika ada urusan emergency sebab kasut-kasut saya semua dah tak muat,”

View this post on Instagram

Doctor’s appointment. ?

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.. InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle . Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak. ????

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Peminat yang mengikuti aktiviti Fazura dan Fattah turut membanjiri ruangan komen posting berkenaan dan mendoakan supaya proses bersalin pelakon dan penyanyi berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.

Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin berkahwin pada November 2017 yang lalu dan dijangka menimang cahaya mata pertama pada Oktober tahun ini.

Sumber: Media Hiburan


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...