Tular di media sosial Twitter semalam apabila seorang gadis tampil membuat video TikTok di mana dia telah membandingkan kualiti nyanyian penyanyi Nabila Razali dan Biduanita Puan Sri Saloma.
Ujar Nabila menerusi beberapa hantaran di Instagram dan Twitternya, dia pada mulanya tidak mengetahui mengenai kewujudan video tersebut sehinggalah ada seseorang mengirimkan kepadanya.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui niat gadis berkenaan serta enggan melayani kandungan sebegitu.
Dalam hantaran Insta Storynya, Nabila menulis panjang lebar mengenai kelemahan dan kekurangan yang dialaminya dalam bidang nyanyian dan berkata sesetengah orang mengambil masa yang lama untuk mahir dalam sesuatu perkara kerana setiap orang dilahirkan dalam keadaan berbeza.

“Bagi saya, jangan merendahkan orang lain kerana merasakan diri anda lebih bagus. Beri kritikan membina bukannya menjatuhkan. Paling penting percaya dengan proses dan takdir..”
Dia dalam pada itu juga enggan menyimpan dendam dan memilih untuk memaafkan gadis tersebut, tambahan pula di bulan Ramadan yang mulia ini.
Pada masa yang sama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana bahawa tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.


“Terakhir sekali, selalulah ingat bahawa tiada yang sempurna di antara kita melainkan Dia..” tulisnya lagi.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang gadis yang bercerita mengenai pensyarahnya telah memaklumkan bahawa Nabila sebenarnya sudah diberi peluang untuk berlatih selama setahun namun masih tiada kemajuan dari segi nyanyian.

Malah, gadis tersebut turut membandingkan Nabila dengan penyanyi lagenda Saloma yang menurutnya, hanya memerlukan satu hari sahaja untuk membuat persiapan menyanyi di atas pentas persembahan.
fiona
May 1, 2021 at 8:38 am
betul lah apa gadis tu ckp.. aku pun letih juga dgn Nab ne.. dgil sngt2. tak blh kah dia trima knyataan yg dia tak blh nyanyi! nak ke di azan kat telinga dia supaya dia sedar??
anonymous
April 30, 2021 at 9:57 am
pakai todong tapi hasad dengki dgn saudara seislam .kalau tak suka bella sekalipun,just keep it to ur self la why bother perlu kah tunjuk kat medsos lpas tu kaitkan pensyarah pulak tu, ini jenis baling batu sorok tgn tapi gigih nak bukak aib bella,atleast bella dah ‘somebody’ dan awak pulak gigih nak cari populariti dgn aibkan bella…shame on you,what a pity
tecit
April 30, 2021 at 9:42 am
yahhh. definitely singing needs more than just popularity. u should just acting bella. u can sing but not in balade. stop trying so hard. its about talent ok. just like u said. we are all born different. some people born to be a singer, and its not you.
Kk
April 29, 2021 at 10:08 pm
Ssh nak ko bella nak terima hakikat yg you are not Born to be a singer.. masih rasa suara sedap yela bermiliion org support dia, klau xde support dh benti nyanyi dh dia, netizen pun tuli telinga