Baru-baru ini ketika sedang berjalan jalan di One City Mall Subang Jaya, Abang Nara telah terserempak dengan beberapa rakan blogger. Lama sungguh Abang Nara tak jumpa dan berborak dengan diorang ini. Jam pada ketika itu kira-kira pukul 5 petang. Perut pun sudah minta diisi. Terus Abang Nara ajak kawan-kawan Abang Nara untuk lepak di OLDTOWN White Coffee.
Kawan-kawan blogger ini Abang Nara kenal masa mula-mula berkecimpung dalam dunia blogging. Yang si lelaki tue dikenali menerusi blog KampungBoyCityGal. Dah kahwin dah pun. Tak boleh nak ngorat. Yang awek comel tue namanya Tziaa. Masih single lagi. Orangnya memang cantik. Dulu dia nak ngorat Abang Nara tapi diri ini menolak pengoratan tersebut. Hehehe.
Sambil berborak mestilah kena makan kan? Barulah boleh borak lama-lama sikit. Tak gitu? Nak makan nasi terlalu awal jadi Abang Nara minta waiter OLDTOWN White Coffee ‘recommend’ kan apa yang sesuai untuk dimakan waktu petang sebegini. Tup-tup dibaginya satu menu baru.
Tengok menu pun dah meleleh air liur Abang Nara dibuatnya. Inilah OLDTOWN White Coffee White Curry yang baru sahaja dimasukkan ke dalam pilihan menu bermula 17 November lalu. Menurut si waiter, menu ini hanya ada untuk waktu terhad iaitu sehingga 31 Januari 2015 atau selagi stok masih ada. Terasa teruja, Abang Nara terus buka menu untuk lihat pilihan yang ada.
OLDTOWN White Curry Series ini didatangkan dalam 5 pilihan mee iaitu mee biasa, mihun, pan mee, macaroni dan juga par hun. Turut sama ditawarkan ialah minuman khas untuk melengkap White Curry Series ini iaitu Peanut White Freezyâ„¢. Kalau tak tahan pedas memang wajib pesan air ini. Boleh lega terus. Paling best, harga White Curry Series bermula daripada RM7.90 yang bagi Abang Nara amat berpatutan sekali.
Lama juga Abang Nara berfikir untuk membuat pilihan. Akhirnya Abang Nara telah memilih OLDTOWN White Curry Pan Mee.
Tengok tue kuah dia!!! Pergh!!! Pekat sekali. Baunya memang menikam hidung. Abang Nara order White Curry Pan Mee ini sebab ada ikan bilis di dalamnya. Itu memang feveret diri ini. Kampung Boy dan Tziaa pula order White Curry Macaroni dan White Curry Mee Hoon.
Kali pertama kuah White Curry Pan Mee masuk ke mulut Abang Nara, terus tak boleh berhenti diri ini dibuatnya. Suapan demi suapan. Tak ada berhenti langsung. Rasanya memang perfect sekali. Pedasnya cukup-cukup, kepekatannya memang sangat sedap dan paling penting , bahan-bahan yang digunakan melengkapi antara satu sama lain. Minuman Peanut White Freezyâ„¢ pun memang sangat sesuai menghilangkan rasa pedas terutama kalau anda jenis yang tak boleh tahan pedas.
Disebabkan jarang bertemu mee kari yang sesedap ini, Abang Nara pun memberanikan diri bertanya apakah rahsia di sebaliknya White Curry ini. Rupa-rupanya OLDTOWN White Coffee telah bekerjasama dengan MyKuali yang amat terkenal dengan kesedapan mee segera MyKuali Penang White Curry. Gabungan resipi istimewa sup OLDTOWN dan keunikan rasa ‘paste’ MyKuali ini memang membentuk satu formula yang menjanjikan kesedapan tidak berbelah bahagi. Orang putih kata ‘winning formula’. Jujur Abang Nara cakap, memang sedap tak ingat punya. 2 thumbs up Abang Nara kasik.
Nasihat Abang Nara, silalah pergi ke OLDTOWN White Coffee berhampiran anda dan cubalah White Curry Series mereka. Memang tak akan menyesal punya. Untuk makluman, OLDTOWN White Coffee daripada dulu lagi sudah mendapat sijil HALAL. Jadi tak perlu nak risau. Walaupun promosi ini sehingga 31 Januari 2015, Abang Nara dapat rasakan White Curry Series ini akan jadi popular dan stok akan habis sebelum tarikh tersebut. Jadi jangan tangguh-tangguh lagi hasrat nak pergi cuba makan White Curry ini. Kalau boleh pergi hari ini jugak. Nah Abang Nara bagi tengok menu sekali lagi untuk senang korang buat pilihan.
Kalau ada sebarang pertanyaan (nak tanya apa lagi, pergi jelah try makan), silalah lawati Facebook OLDTOWN White Coffee. Abang Nara tengah hari ini nak bawa wife pergi makan White Curry Series ini. Dia pun dah teruja dengar Abang Nara bercerita hari itu. Hehehe. Selamat mencuba!!!