Sedapnya Suara Nenek Pemuda Ini, Iras-Iras Saloma

Trending

Sedapnya Suara Nenek Pemuda Ini, Iras-Iras Saloma

Sering kali kita lihat rata-rata golongan muda akan berkongsikan betapa romatisnya mereka apabila bersama kekasih pujaan hati berbanding ahli keluarga yang terdekat dek kerana rindu. Berbeza pula dengan seorang pemuda bernama Irham.

Irham berkongsikan satu video screenshot mesej beliau dan ibunya di WhatsApp dengan berbalas mesej suara bersama nenek tersayang. Bukan hanya berborak biasa bersama nenek, tetapi sama-sama menyanyi.

Apabila semua orang bermanja dengan teman wanita, Aku pula dengan nenek menyanyi bersama-sama.

Dalam mesej ini pada mulanya beliau menyanyikan lagu P Ramlee, Malam Bulan Di Pagar Bintang. Selepas beliau menghabiskan lagu itu, beliau minta ibunya beritahu nenek untuk menyambung bahagian yang dinyanyikan oleh Saloma.

Advertisement

Beliau mahu melepas rindu berikutan berjauhan dengan nenek kesayangan. Setiap kali rindu pada nenek, beliau akan berbalas voice note untuk mendengar suara nenek. Neneknya juga melayan cucunya.

Selepas neneknya menyanyikan lagu P Ramlee, nenek minta untuk rakam nyanyi lagu lain pula.

Inilah nenek sayang saya tu, doakan nenek saya dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki. Tahun depan abg balik Malaysia ye nek.

Rata-rata netizen semua suka mendengar suara nenek beliau. Ada juga yang sebak dan teringat kepada arwah nenek yang sudah tiada.


Semua orang yang mendengar suara nenek beliau memuji keindahan suaranya dan mengatakan iras-iras Saloma.

Jadi apa kenangan anda bersama nenek yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini?

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...