Penampilannya ayu dan sopan membuktikan seseorang itu tidak perlu mendedahkan kulit atau bahagian badan untuk kelihatan ‘hot’.
Kelibat model dan pelakon tinggi lampai, Kavita Sidhu di setiap acara yang ditemani suaminya, Roberto sering mencuri perhatian apabila mereka berdua kelihatan begitu menawan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Pada usia 51 tahun, Kavita tetap maintain cantik dan sentiasa menggayakan outfit yang mendapat pujian kerana dikatakan lebih sopan daripada sesetengah selebriti.
Apa sahaja yang digayakan Kavita akan menaikkan lagi seri wajahnya yang memang cantik semula jadi.
Berkali-kali pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini dilihat memilih baju tradisional tidak kiralah kaum apa sekali pun untuk hadir ke acara berprestij.
Memang nampak manis dan ayu terutamanya apabila dia menggayakan baju kurung atau songket yang dipadankan dengan selendang dan aksesori lain.
View this post on Instagram
Kalau tengok Kavita dan suaminya memang sejuk mata memandang sebab kedua-duanya sama cantik, sama hensem dan outfit mereka sentiasa on point!
Cantik, tinggi dan citarasa fesyen tiptop! Memang love lah Kavita Sidhu ni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.