Baru-baru ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Zakira yang mendedahkan ketagihan yang dialaminya selama 11 tahun.
Menerusi video tersebut, Zakira mengakui mempunyai tabiat yang pelik apabila gemar mencium bau sabun serbuk yang wangi dan cenderung untuk memakannya, malah ianya sudah menjadi satu ketagihan buat gadis itu.
Menurut Zakira, dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan tentang rasa sabun tersebut namun hanya dapat mengungkap rasa sedap yang tidak terkata.
I tak tahu nak explain macam mana rasa sabun tu, yang I boleh cakap sedap gilaaaaa, sumpah tak tipu.
@zakiraaa.4 Please la jangan kecam i , i try untuk berhenti ??
Bagaimanapun, gadis itu meminta orang ramai agar tidak mengecam dirinya memandangkan dia juga sedang dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat aneh itu selain meminta tips daripada orang ramai bagi menghentikan ketagihan yang dialami.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya turut terkejut dengan selera gadis itu yang dianggap aneh.
Malah, ada juga yang menyarankan agar gadis itu segera bertemu dengan doktor kerana tabiat itu boleh dikaitkan dengan penyakit PICA iaitu merupakan gangguan makan di mana seseorang makan perkara atau benda yang biasanya bukan dianggap sebagai makanan.
Namun, ada juga segelintir warganet yang berkongsi tabiat yang sama iaitu mempunyai ketagihan selera makan berbeza dari manusia normal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.