Baru-baru ini, kisah seorang wanita berusia 60-an telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat disengat seekor tebuan.
Difahamkan, kejadian yang berlaku ke atas wanita bernama Rohani Mohd Shariff, 61, itu sangat memilukan kerana arwah sedang menunggu waktu solat Isyak.
Sewaktu menunggu azan berkumandang di ruang tamu, seekor tebuan yang mengenai kipas siling di ruangan itu tiba-tiba termasuk ke dalam telekung yang dipakai Rohani.
Terkejut dengan situasi tersebut, Rohani menepis serangga terbabit tetapi malangnya terkena juga sengatan serangga itu dan anaknya yang kebetulan baru pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam, lihat ibu sedang menahan sakit, lalu membuat panggilan kecemasan dengan menghubungi ambulans dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Bagaimanapun, wanita yang merupakan suri rumah serta isteri kepada pesara tentera itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di HSAH.