Dua tahun bergelar janda, pintu hati Fasha Sandha akhirnya telah terbuka untuk menerima cinta baharu dan baru-baru ini beliau mengakui sedang mengenali hati budi seseorang. Ramai sebenarnya yang mendoakan kebahagiaan Fasha.
Walaubagaimanapun, buat masa ini Fasha masih belum mahu terburu-buru ke fasa yang lebih serius bersama jejaka yang kini rapat dengannya itu.
Menurut Fasha beliau suka dengan sikap jejaka itu yang menghormatinya sebagai seorang wanita.
Dia insan paling rapat dalam hidup saya ketika ini. Selain masih bujang dan tidak pernah berkahwin, saya juga selesa berkomunikasi dengannya. Dia hanya lelaki biasa, bukan anak orang kenamaan atau dikenali dalam industri. Saya menyenangi peribadinya sebagai lelaki yang positif, berkerjaya dan berpelajaran tinggi. Paling saya kagumi, dia menghormati saya sebagai seorang wanita malah tidak mendesak.
Apa yang dapat saya katakan, kami hanya berkawan rapat malah tidak mengisytiharkan dia sebagai pasangan kekasih. Saya juga tidak tahu apakah dia jodoh saya. Ini semua perancangan Allah SWT. Saya berkawan dengan semua jenis orang. Apa yang boleh saya tekankan di sini, kami hanya berkawan.
Pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini, sedikit sebanyak Fasha tetap akan lebih berhati-hati menjalinkan hubungan dan memilih teman hidupnya. Namun, kami mendoakan yang terbaik buat Fahsa, siapa tahu mungkin jejaka tersebut adalah jodohnya bukan?