Sedang Mengenali Seseorang, Jasmine Suraya Tak Tergesa Nak Kahwin

Hiburan

Sedang Mengenali Seseorang, Jasmine Suraya Tak Tergesa Nak Kahwin

Mengakui dirinya kini dalam proses berkenalan dengan seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya, aktres Jasmine Suraya khabarnya kini sedang dilamun cinta.

Sedang Mengenali Seseorang, Jasmine Suraya Tak Tergesa Nak Kahwin

Advertisement

Biarpun namanya bukanlah sepopular pelakon-pelakon hebat lain seperti Mira Filzah mahupun Ayda jebat namun rezeki Jasmine dalam bidang lakonan kian mencurah-curah.

Namun begitu, disoal berkenaa jodoh, Jasmine mendedahkan dia langsung tidak tergesa-gesa untuk menamatkan zaman solo atas beberapa faktor tertentu.

Sedang Mengenali Seseorang, Jasmine Suraya Tak Tergesa Nak Kahwin

“Buat masa sekarang jodoh tu agak jauh sikit. Kami masih dalam proses perkenalan lagi. Saya pun tak tergesa-gesa dalam hal ini. Bagi saya apa yang penting bagi seorang wanita adalah dia perlu ada kewangan sendiri.”

Katanya, adalah tidak wajar sama sekali andai seseorang itu bergantung harap pada kekayaan suami semata-mata.

“Walaupun kahwin dengan orang kaya, dia kena berdikari bukan semata-mata bergantung dengan duit suami.”

Sedang Mengenali Seseorang, Jasmine Suraya Tak Tergesa Nak Kahwin

Biarpun begitu, Jasmine sekali lagi memaklumkan bahawa dia amat inginkan seorang lelaki yang matang untuk menjadi ketua keluarga.

“Saya senang ja. Kalau dah berkenan, serasi dengan saya, apa salahnya terus berkahwin. Lelaki itu kena jadi seorang yang matang. Dia kena faham dengan cara kerja saya yang tak menentu ini. Bukan selalu boleh jumpa.”

Sedang Mengenali Seseorang, Jasmine Suraya Tak Tergesa Nak Kahwin

Sekadar informasi, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, merupakan pelakon keturunan Cina yang sering disangka orang Melayu. Biarpun sudah memasuki usia 30 tahun, namun susuk tubuhnya yang kecil molek sentiasa memukau hati penonton apabila beraksi di kaca televisyen menerusi drama popular tempatan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...