March 23rd, 2016

Berkat kesabaran dan doa kepada Allah SWT, Raja Farah sudah membuktikan beliau tidak mandul seperti yang dikatakan oleh orang ramai apabila kini sudah hamil anak pertama bersama suami Iskandar Ismail.

Menerusi portal Utusan Online, Raja Farah akui pihak yang menuduh beliau tidak mampu untuk mendapat zuriat dahulu ada yang datang meminta maaf kepada beliau.  Namun, sejak awal lagi sebenarnya Raja Farah sudah memaafkan kesalahan mereka.

Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah dipengaruhi.

Raja Farah pada masa yang sama bercerita, beliau pernah merasa tertekan kerana isu berkenaan dan pernah bertanya kepada Iskandar apa yang suaminya itu akan lakukan jika beliau tidak boleh hamil.

Tidak disangka-sangka, Iskandar memberikan jawapan yang cukup positif dan Raja Farah cukup bersyukur dengan reaksi suaminya itu.

Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya.

Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas `tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja.

Itulah, kadang-kadang manusia ini ingat mereka betul dalam segala hal sehingga sanggup menggelarkan seseorang itu mandul.  Harapnya segala proses kehamilan Raja Farah akan berjalan dengan lancar. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak Raja Farah.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...