September 10th, 2012

Wanita manakah yang tidak gembira apabila disahkan mengandung. Pasti semua wanita yang bergelar isteri akan teruja dan tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka terutamanya yang pertama kali hamil. Abang Nara tersenyum membaca kisah kehamilan Memey Suhaiza yang sudah masuk bulan keempat menerusi suratkhabar Kosmo hari ini.

memey hamil

Sama dengan wife Abang Nara ketika hamil dulu, Memey juga akan melihat cermin untuk melihat tumbesaran perutnya setiap hari selepas bangun tidur. Kata Memey:-

Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya. Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.

memey hamilTeruja sungguh Memey kan? Pasti keluarga Norman dan Memey akan bertambah lengkap dengan kehadiran cahaya mata baru tidak lama lagi. Yang menariknya, Norman turut mengalami alahan ketika kehamilan Memey. Orang kata kalau lelaki pun mengidam dan terkena alahan, itu tandanya memang sayang sangat kepada isteri.

Doktor beritahu, alahan biasanya dialami sehingga kehamilan mencecah usia tiga bulan, tetapi saya telah masuk bulan keempat masih mengalami alahan. Uniknya, sejak 31 Ogos lalu, suami saya turut terkena tempias alahan yang sama seperti saya. Deria bau suami semakin sensitif dan katanya pergi mana-mana dia rasa ada bau busuk dan tekak loya-loya. Pada mulanya saya pelik juga, tetapi apabila suami beritahu dia mengalami perkara yang sama ketika Kak Abby mengandungkan anak yang kedua, saya rasa memang perkara seperti ini boleh berlaku

Semoga proses kehamilan dan kelahiran anak sulung Memey akan dipermudahkan olehNya kelak. Sama-samalah kita doakan. Kepada Memey, banyakkan berehat dan jangan buat kerja berat. Bayi dalam kandungan harus diutamakan dalam apa jua keadaan. Semoga kebahagiaan yang dikecapi Memey akan kekal buat selamanya. Kredit info Kosmo Online.


51 responses to “Sedang Hamil 4 Bulan, Memey Suhaiza Kini Sangat Bahagia”

  1. U_L_A_L_A says:

    nape tak madu???mcm 2 la dulu perasaan kak abby…skang bru nak tahu…dasar perampas laki org…
    kalu nant unk terma nasib yg sama mcm kak abby bru unk sedar pa yg selama ni unk dah buat kat kak abby…
    sedar la dia 2 laki blh kawin sampai 4…
    jangan jd pompuan bodoh la…
    unk jangan ingat unk 2 dah cantik…
    kalu stakat mengandung ramai pompuan blh la….
    unk 2 memang pompuan bodoh unk ta rasa 1 ar nanti nasb unk kan sama mcm bekas bini dia…
    unk 2 pun bukannya cantik sangat…
    so sedar la dir 2 skit…
    tak nak madu konon…
    dasar pompuan tak sedardiri…
    pe cermin muka unk dulu…
    tengok pa yg un telah wat kat bni dia dulu bru a unk blh sebut TAK MAU DIMADUKAN…BODOH….
    sedar skit…

  2. BUNGA MATAHARI says:

    Assalamualaikum…
    Aku pelik betul ngan korang2 yang bernama di atas,,,,,,,, skang ni tajuk abg nara ada berkaitan ngn memey yang sedang bahagia tu… yang bole temasuk nama si abby tu dah kenapa… luar tajuk betul…

    • No One says:

      sbb dia rampas laki abby dulu..lupa ke??
      klu tetiba masuk nama azza elite ke..shasha elite ke baru la bole pelik sbb xde kena mengena…hadoiii la ko ni…

    • Anonymous says:

      emo betul la ko nih… jgn salah kan org lain…
      betul kan dulu diri sendiri…
      yang baik dtg dari dr tuhan,.. yg buruk dari diri sendiri…

    • Raja minah jambu tk penah pakai cawat 24jam mengadap computer says:

      memang padan lah si abby tu kena cerai ! n norman kawin ngan memey tengok la mulot abby tu cmana kalau nk tudoh si memey ni perampas !!!

  3. sebenarnya abby tu jadik mcm tu dia dah kecewa dan tiada smangat dlm hidup ,hilang suami,hilang kekasih mybabkn jdi dia mcm tu…tiada org bimbing dia,nasihat,ambilberat dan beri kasih sayang pda dia…tapi dia harus kuat smangat,cekal dlm teruskn hidup ini..kesian pda anak2…abby hrus bijak mgatur kehdupannya..smoga abby tabah mghadpi rintangan hdup ini..

  4. aina_comey says:

    pesanan buat memey dan norman:

    jaga lah anak2 tu bebaik..prihatin sket psl anak..bekalkan duit yg ckup tuk pegi sekolah…sian bebudak ni kdang2 g skolah xbwk duit…huhuhu…abby tu dh lupe diri..hal anak dibiarkan adiknye yg uruskan…die asek xde kat umah je…lau xcaye tnyalah ngan bebudak tu…

  5. abby bukan nama sebenar says:

    No matter what you’ve done for yourself or for humanity, if you can’t look back on having given love and attention to your own family, what have you really accomplished?
    – Elbert Hubbard

    inggatla cik abby, jgn abaikan anak dengan kesana sini tanpa perhatian sewajarnya dan menyerahkan penjagaan anak kpd org lain. biarlah kita yg menjaga dan membesarkan anak2 kita dengan didikan agama secukupnya, bgi pelajaran itu lagi bernilai dari 24jam bertweeter dan kesana sini meninggalkan anak. contohi didikan wardina untuk anak2 nya :)

    • Abby Selamanya says:

      daripada kau tegur dia baik kau jaga anak abby jer..tak la serabut kepala kau nak tegur abby sebab tengok abby tak reti jaga anak..nanti anak kau abby jaga..amacam?

Loading...