“Sedang Berbincang Tentang Musim Kedua Dan Ketiga” – Pengarah Squid Game

Hiburan

“Sedang Berbincang Tentang Musim Kedua Dan Ketiga” – Pengarah Squid Game

Selepas menjadi siri Netflix paling berjaya bagi tahun 2021, sudah tentunya ramai mahukan kesinambungan ‘Squid Game’.

Pada awalnya, dikhabarkan bahawa tiada perancangan untuk musim kedua siri itu namun kini pengarah Hwang Dong-hyuk mengumumkan sambungan ‘Squid Game’ bakal dihasilkan.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan olehnya dalam satu acara khas yang diadakan untuk ‘Squid Game’ di Amerika Syarikat baru-baru ini, lapor Kimchi Daily.

Kami dan Netflix sedang berbincang mengenai musim kedua dan ketiga.”

Katanya lagi, produksi bagi kesinambungan ‘Squid Game’ mungkin akan berlaku cepat daripada jangkaan industri dan ianya berkemungkinan akan didedahkan tak lama lagi.

Satu yang boleh saya sampaikan, disebabkan ramai yang menantikannya. Saya boleh bagitahu yang kami sedang bersedia dengan positif untuk musim hadapan.”

Khabarnya dalam musim kedua, kisah mengenai Sung Ki-hoon (Lee Jung-jae) akan dibongkar dan kisah mengenai orang yang dijumpainya dan individu yang dikejarnya akan menjadi plot utama.

Baca: Jom Kenal! 5 Permainan Korea Dalam Siri ‘Squid Game’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...