“Secara Purata RM3000 Hingga RM100K Sebulan” – Netizen Kagum Di Usia Muda Beli Mercedes, Dr Say Dedah Pendapatan ‘Influencer’

Kehidupan

“Secara Purata RM3000 Hingga RM100K Sebulan” – Netizen Kagum Di Usia Muda Beli Mercedes, Dr Say Dedah Pendapatan ‘Influencer’

Susulan pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal berjaya membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz baru-baru ini, netizen mula tertanya berapakah pendapatan yang diperoleh oleh influencer hinggakan boleh membeli kereta mewah sendiri di usia muda.

Dr. Say dedah pendapatan influencer

Tampil menjawab pertanyaan orang ramai, Dr Say Shazril yang juga merupakan pengamal perubatan dan pempengaruh berkata pendapatan influencer bergantung mengikut jumlah pengikut di media sosial.

Advertisement

Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,000 sebulan. Sebab apa besar range nya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.

@say_shazril0Ada follower sy curious jadi sy jawab persoalannya. Sy quit kerja gomen 2018 to be full time influencer jadi untuk 6 tahun ni pelbagai asam garam dah sy rasai. Apa yg ampa nampak hanyalah the tip of the iceberg tapi iceberg yg dalam ayaq tu hanya influencers je tahu kesusahannya. @dshazall mintak tumpang awak sebagai contoh ye?

♬ original sound – say_shazril

Bukan saja melihat pengikut di media sosial, ia juga dilihat menerusi interaksi pengguna atau engagement di media sosial.

Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi. Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez.

Tak mudah bergelar influencer

Namun begitu, Dr Say berkata tidak mudah untuk seseorang menjadi influencer atau pencipta konten seperti mana yang difikirkan ramai orang.

Ia kerana, influencer perlu memikirkan setiap konten berbeza pada setiap hari bagi mengekalkan engagement tinggi di media sosial masing-masing dan memastikan akaun media sosial sentiasa keluar di feed pengguna lain.

dr say
11 months ago

"Bersalin Normal Dihapuskan Dosa, Yang Bedah Tak Terhapus Dosa" - Dr Say Berang Sikap Ibu-Ibu Pandang Hina Prosedur C-Sect

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...