Melalui laporan Suara Merdeka, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semalam, telah menarik semula kenyataan di dalam Dewan Negara selepas tersilap menyebut nama dan bapa salah seorang remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina.
Menurut Saifuddin, dia mengakui kekhilafannya ketika menjawab soalan lisan pada 18 Ogos lalu dan mengesahkan perkara tersebut ketika membentangkan laporan penuh perubatan kes Zara dalam Dewan Negara.
Saya akui khilaf apabila menyebut nama terbabit. Saya tarik balik kenyataan itu.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyatakan doktor yang merawat pelajar Tingkatan Satu itu telah menyediakan laporan perubatan yang lengkap berhubung keadaan mangsa selepas kematian.
Sebelum ini, di dalam Dewan Negara, Menteri Dalam Negeri menafikan bahawa terlibatnya individu VVIP yang cuba menutup kes kematian Zara Qairina di Sabah.