“Sebulan Tambah Gaji RM500 Untuk Siram Pokok” – Cef Wan Berang ‘Driver’ Pemalas

Hiburan

“Sebulan Tambah Gaji RM500 Untuk Siram Pokok” – Cef Wan Berang ‘Driver’ Pemalas

Cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan meluahkan rasa terkilan kerana banyak pokok kesayangan miliknya menjadi kering akibat tidak disiram oleh pemandunya.

Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, dia telah menambah elaun berjumlah RM500 dalam gaji pemandu tersebut sebagai bayaran untuk tugas menyiramkan pokok bunga.

Advertisement

Menurutnya, sepanjang lebih sebulan dia berada di luar negara, pemandu peribadi itu tiada tugas untuk menhantar sesiapa namun masih gagal melaksanakan amanah yang diberkan.

Harapkan driver siram pokok habis mati pokok-pokok ini. 42 hari tak bawa kereta majikan, dia pergi cuti ambil MC pun saya tak tahu.

Jelas Cef Wan, pokok bunga yang ditinggalkan berada dalam keadaan subur. Namun, sikap malas pemandunya telah menyebabkan banyak daun kering dan pokok hanya tinggal ranting.

Saya tanya kenapa semua pokok botak? Dia jawab angin hujan lebat Tok. Bohong punya bohong, saya tengok CCTV nampak segalanya.

Dalam pada itu, Cef Wan turut memaklumkan dia sudah memecat pemandu tersebut yang akhirnya mengaku tidak bekerja beberapa hari atas alasan mengambil vaksin penggalak dan bermacam lagi.

Cef Wan
2 years ago

Balik Bercuti Rumah Kotor, Cef Wan Rengsa Pembantu Rumah Tak Jalankan Amanah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...