December 27th, 2017

Terpalit dengan beberapa isu bersama kekasihnya Zahirah Macwilson dan bapanya Zainol Macwilson yang dikatakan tidak gemar dengan percintaan mereka serta kontroversi beliau dikatakan “kembali bercinta” dengan Gayatri  Su-Lin Pillai, pelakon Zul Ariffin membuat keputusan untuk menutup akaun Instagramnya dan membuatkan peminat tertanya-tanya perkembangan terkini Zul.

Namun, selepas sebulan membawa diri, Zul sudah kembali membuka akaun Instagramnya dan rata-rata netizen tertarik dengan imej terbaru beliau yang berjubah persis seperti gaya seorang lelaki Arab.

Menerusi muat naik terbaru beliau, Zul mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan beliau dan arwah ibunya, Robiah Nasir.

Tentu sekali peminatnya cukup teruja Zul sudah kembali aktif di media sosial tersebut dan meluahkan rasa rindu terhadap artis pujaan mereka itu.

Selamat kembali buat Zul Ariffin dan semoga kali ini beliau lebih tabah dan kuat menghadapi dugaan mahupun kontroversi yang melanda. Kesian dekat peminat yang merindui anda.


Comments are closed.

Loading...