“Sebulan Dapat RM100 Je, Rumah Habis Kena Jual..” – Individu Kongsi Cerita Balasan Makan Harta Anak Yatim, Ramai Puas Hati Baca

Kehidupan

“Sebulan Dapat RM100 Je, Rumah Habis Kena Jual..” – Individu Kongsi Cerita Balasan Makan Harta Anak Yatim, Ramai Puas Hati Baca

Satu perkongsian yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat mereka di luar sana khususnya penjaga anak-anak yatim dan diamanahkan untuk menjaga harta insan terpilih ini.

Dalam hantaran itu, seorang individu tampil menceritakan mengenai pengalaman hidupnya yang ‘di buang’ gara-gara sikap tamak dan tidak menjaga amanah yang ditonjolkan ahli keluarga setelah kedua orang tuanya meninggal dunia.

Advertisement

Difahamkan, individu itu telah kematian ibu bapa pada umur 11 tahun dan dilahirkan dalam keluarga senang dan berada.

Setelah tragedi itu, pak cik serta mak cik individu itu telah bertindak untuk menghantarnya ke kampung dan dijaga oleh nenek dan maksunya.

 

balasan pemakan harta anak yatimSumber : Twitter  

Cerita individu itu lagi, dia juga telah dinafikan hak untuk menerima harta peninggalan ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia gara-gara ‘dibolot’ sepenuhnya oleh pakcik dan makciknya sendiri.

Setelah umurnya mencecah 20 tahun, individu itu mengambil inisiatif dan mula mencari cara untuk mendapatkan kembali harta ibu dan ayahnya dan apa yang lebih mengejutkan, segala rumah dan kereta yang sepatutnya menjadi miliknya telah diperlakukan sesuka hati seperti dijual dan sebagainya.

balasan pemakan harta anak yatimSumber : Twitter  

Individu itu akhirnya melantik peguam dan menuntut wang pampasan yang sepatutnya  diterima bernilai hampir RM720,000!

Dia juga menceritakan bagaimana susahnya untuk ‘berjuang’ dalam mempertahankan haknya selain dimaki dan dicaci oleh para sepupu serta adik beradiknya gara-gara tuntutan tersebut.

Di akhir cerita, individu itu memaklumkan bahawa si pemakan harta anak yatim itu telah jatuh bankrup dan dipenjara kerana memanipulasi serta menggunakan hak orang lain tanpa izin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang membaca luahan hati individu itu berasa puas hati melihat pengakhiran orang yang zalim terhadap anak yatim.

“Memang patut masuk penjara. Hati perut busuk. Anak dia yang duk sumpah mangsa ni pun elok masuk penjara sekali. Tak ada otak. Manusia bangsat” komen seorang netizen.

roti canai
2 years ago

(VIDEO) "Abah Ko Roti Canai Macam Ni" - Netizen Malaysia 'Naik Darah' Tengok Laman Web 'Rating' Makanan Popular Silap Beri Info

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...