Abang kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin khabarnya semakin baik selepas hampir sebulan bertarung nyawa melawan virus COVID-19.
Dia juga memaklumkan bahawa paru-parunya kini sudah rosak dan memerlukan masa sehingga berbulan untuk pulih seperti sedia kala.
View this post on Instagram
Tambah Firdous lagi, ramai yang bertanya khabar dan ingin mengetahui keadaan sebenar dan dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas pertanyaan mereka satu persatu.
Paru-paru kanan saya rosak, paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang..tapi Alhamdullilah saya boleh pulih InsyaAllah dengan izin Allah. Ambil masa mungkin tiga hingga empat bulan. InsyaAllah. Saya pakai oksigen pun dah dikurangkan daripada sembilan ke lapan peratus.
Firdous juga berkongsi perkembangan terkini dirinya itu menerusi sebuah hantaran terkini di laman Facebook.

Terdahulu, suami Sarah, Shuib Sepahtu ada memaklumkan Firdous berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang selepas kesihatana abang iparnya itu dilaporkan tenat disebabkan oleh paras oksigen yang makin menurun akibat wabak pembunuh itu.
“Terima kasih semua yang mendoakan saya, perjuangan harus diteruskan. Doakan saya sembuh, sentiasa fikiran positif. Terima kasih doktor dan jururawat yang merawat saya..” ujar Firdous mengakhiri bicara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Mat Crocks
September 2, 2021 at 12:12 am
Haritu dia gak beria tak percaya covid ni.
last2 tercedukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Another frontliner
August 31, 2021 at 1:08 pm
Setuju. Kalau taknak vaccine sorang² dan tak menyusahkan org lain tu lantak pi lah. Tapi kalau turut sebar fitnah tu..mmg dahsyat. Alhamdulillah beransur pulih, walaupun sesetengah kesan tu mmg jangka panjang..Harap Allah buka hati geng² sebegini, ameen.
frontliner
August 31, 2021 at 10:39 am
akhirnya serah diri ke hospital juga untuk rawatan. Alhamdulillah..semoga menjadi pengajaran kepada yg lain, yg masih sibuk memfitnah KKM. Doktor2 KKM hanya berusaha dalam bidang kepakaran diorang (fardu kifayah) dan bertawakal kepada Allah. Sedih tengok masih ada rakyat malaysia yg menolak vaksin DAN memfitnah KKM. Xnak vaksin duduk diam2 sudahlah. Dosa memfitnah…