Sebuah Lagi Menara Tertinggi Dunia Dengan Ukuran Ketinggian 1KM Bakal Siap Dibina

Teknologi

Sebuah Lagi Menara Tertinggi Dunia Dengan Ukuran Ketinggian 1KM Bakal Siap Dibina

Menara Berkembar Kuala Lumpur Malaysia pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga 2004 sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dengan ketinggian 828 meter sehingga kini.

Untuk pengetahuan terdapat satu lagi bangunan yang sedang berada di dalam proses pembinaan dikatakan bakal mengungguli takhta tersebut di Jeddah Arab Saudi yang dipanggil Jeddah Tower.

Advertisement

Difahamkan, bangunan itu telah menyasarkan untuk menjadi bangunan tertinggi dunia pada tahun 2020 dengan ketinggian mencapai sehingga 1 kilometer.

 

Jeddah Tower

Bangunan ini dikatakan telah diilhamkan dari bunga tulip dan menara masjid dan telah mula dibina sejak 1 April 2013 yang lalu. Namun pembinaannya telah dihentikan sementara waktu sejak Januari 2018.

Walaubagaimanapun, dengan masalah penularan wabak COVID-19 dan situasi ekonomi semasa, sambungan proses pembinaannya masih tidak dapat diketahui sehingga kini.

Berbeza dengan Burj Khalifa, Jeddah Tower hanyalah sebuah menara tinjau yang sama seperti KL Tower dan bukanlah bangunan komersial. Tetapi menariknya, pada bahagian atas bangunan tersebut diceritakan bakal mempunyai teknologi canggih yang membolehkan ianya dibuka seperti kelopak bunga sekaligus memberikan cahaya dan hujan semulajadi pada  tumbuhan yang ditanam pada tingkat atas.

Merujuk perkara tersebut terdapat sebuah taman hijau yang telah diilham dari taman Babylon bakal dibina pada kawasan paling atas bangunan itu.

Contoh taman Babylon

Jeddah tower

Walaubagaimanapun, masih tiada nama tepat untuk bangunan ini. Ia dijangka bakal mempunyai lebih dari 200 tingkat, dan akan menjadi tarikan ramai di Jeddah Economic City pada masa akan datang.

Selain ‘Jeddah Tower’ ianya  turut dikenali sebagai Kingdom Tower dan Mile-High Tower.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...