“Sebolehnya Saya Nak Anak Saya Libra” – Janna Nick Dikritik Kerana Mahu Cahaya Mata Lahir Ikut Zodiak

Hiburan

“Sebolehnya Saya Nak Anak Saya Libra” – Janna Nick Dikritik Kerana Mahu Cahaya Mata Lahir Ikut Zodiak

Baru sahaja melayari bahtera rumah tangga, sudah ada yang bertanya tentang zuriat. Itulah ‘budaya’ dalam masyarakat yang perlu kita hapuskan kerana seeloknya kita hormati perancangan pasangan suami itu sendiri.

Golongan yang sering diasak dengan soalan tentang anak ini sudah semestinya selebriti dan Janna Nick turut tidak terlepas daripada ditanya oleh wartawan.

Advertisement

Menerusi satu temu bual, pelakon dan penyanyi itu berkata jadual kerjanya sememangnya padat sehingga ke akhir tahun ini namun tetap bersyukur jika ada rezeki berbadan dua.

Kalau diberikan rezeki, alhamdulillah. Sebolehnya saya nak anak saya Libra lah. Saya nak anak saya lahir Libra. Untuk tahun ini tak sempat dah kan? InsyaAllah tahun depan.”

janna dini

Dengan nada bersahaja, Janna berkali-kali menyatakan hasratnya untuk memiliki cahaya mata yang lahir pada tarikh mengikut zodiak Libra.

Kenyataan isteri kepada Dini Schatzmann itu meraih perhatian dan mengundang kritikan sesetengah warganet di Instagram yang menegurnya.

komen komen3 komen6

Dalam pada itu, segelintir individu berkata sesungguhnya cukup sekadar kita mendoakan agar dikurniakan bayi yang sihat dan cukup sifat.

Bukan itu sahaja, mereka turut berkata sebagai seorang ibu bapa lebih baik kita memilih anak untuk dilahirkan mengikut bulan Islam bukanlah zodiak.

Serious lah. Percaya zodiak tu benda syirik kan.”

komen2 komen1

komen8

dini
11 months ago

"Bangun Tidur Ada Orang Kemaskan Katil" - Janna Nick Seronok Dapat Suami Rajin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...