Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sebenarnya Servis Ucapan Berbayar RM 50 Adalah Untuk Tujuan Beramal – Janna Nick

Menerima kecaman hebat termasuklah dikatakan sudah terdesak untuk mencari duit gara-gara menawarkan servis berbayar untuk ucapan hari jadi peminat, pelakon Janna Nick memberitahu beliau mempunyai sebab tersendiri dan setiap bayaran yang diterima bukanlah digunakan untuk kepentingan peribadi.

Advertisement

Tujuan beliau adalah untuk beramal dan mengumpul dana untuk tabung Wish For Their Hope bagi membantu golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, ini merupakan langkah awal untuk saya membantu golongan yang memerlukan dan apa saya buat sepanjang minggu lalu mempunyai alasan dan tujuan tersendiri. Saya ingin jelaskan bahawa semua bayaran yang dibuat bukan untuk kepentingan peribadi saya, sebaliknya untuk tabung Wish For Their Hope (WFTH).

Sekarang merupakan masa untuk saya memberi balik pada komuniti kerana bagi saya apa guna kalau ada platfom media sosial jika tidak digunakan dengan betul. Walaupun ramai yang memberi kecaman pada awalnya namun saya tidak kisah kerana saya tahu apa yang saya lakukan ini betul.

Nasihat Janna kepada orang ramai diluar sana, tolonglah jangan terlalu cepat menghukum setiap perkara yang dilakukan oleh selebriti.

Terdahulu, kecoh dengan isu Janna mengenakan bayaran RM50 untuk setiap ucapan hari jadi yang dimuat naik di Insta Stories. Ada yang beranggapan beliau mengambil kesempatan terhadap peminat untuk meraih keuntungan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 Comments

  1. Anonymous

    October 5, 2018 at 10:38 am

    alah nak kebajikan bg tau awal2 dah kena bantai baru nak cover.. jana ni fans dia yg poyo lebih.. padehal fans dia berpuak2 jugak… sat lagi mule la fans dia yg konon2 dimana jana disitu fans setia tu meroyan.. nak minat artis boleh asal jgn poyo mcm fans jana.. perasan level dewa…

  2. dalita

    October 5, 2018 at 10:03 am

    tak payah la bagi kalau tak nak tak yah bagi thru jana pun…bagi direct kat charity tu..jana ni nak ambik kesempatan upkan nama dia jugak untuk charity drive..yg paling bagus tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri derma bukan tontonan lakukan dalam sepi…

  3. Anonymous

    October 5, 2018 at 8:42 am

    Kenapa perlu letak RM50 untuk didermakan? kalo charity tak perlu la nak letak berapa nak..sukahti orang nak bagi lerrr..rm10 ke rm20 ke..terpulang..uish

  4. sherry

    October 4, 2018 at 8:50 pm

    Sbenarnya aku tak fhm knp org nk kecam. Dia tawarkan perkhidmatan and ramai yg guna perkhidmatan tu. Aku rasa JN ni pandai cari income gunakan status dia sbg selebriti. Better dr mintak duit dr org atau jd scammer duit lama kannn

  5. Kepochi

    October 4, 2018 at 7:44 pm

    Yess, tujuan utk amal tu tak salah. Tp xperlu nk ltk bajet spai rm50. Klo nk beramal janna should ckp byr wish service seikhlas aty utk charity program. Kesian la kt fans

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama