Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sebenarnya Servis Ucapan Berbayar RM 50 Adalah Untuk Tujuan Beramal – Janna Nick

Menerima kecaman hebat termasuklah dikatakan sudah terdesak untuk mencari duit gara-gara menawarkan servis berbayar untuk ucapan hari jadi peminat, pelakon Janna Nick memberitahu beliau mempunyai sebab tersendiri dan setiap bayaran yang diterima bukanlah digunakan untuk kepentingan peribadi.

Advertisement

Tujuan beliau adalah untuk beramal dan mengumpul dana untuk tabung Wish For Their Hope bagi membantu golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, ini merupakan langkah awal untuk saya membantu golongan yang memerlukan dan apa saya buat sepanjang minggu lalu mempunyai alasan dan tujuan tersendiri. Saya ingin jelaskan bahawa semua bayaran yang dibuat bukan untuk kepentingan peribadi saya, sebaliknya untuk tabung Wish For Their Hope (WFTH).

Sekarang merupakan masa untuk saya memberi balik pada komuniti kerana bagi saya apa guna kalau ada platfom media sosial jika tidak digunakan dengan betul. Walaupun ramai yang memberi kecaman pada awalnya namun saya tidak kisah kerana saya tahu apa yang saya lakukan ini betul.

Nasihat Janna kepada orang ramai diluar sana, tolonglah jangan terlalu cepat menghukum setiap perkara yang dilakukan oleh selebriti.

Terdahulu, kecoh dengan isu Janna mengenakan bayaran RM50 untuk setiap ucapan hari jadi yang dimuat naik di Insta Stories. Ada yang beranggapan beliau mengambil kesempatan terhadap peminat untuk meraih keuntungan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 Comments

  1. mezanessa

    October 7, 2018 at 2:39 pm

    alah ye ye je… dah kena hentam baru cari idea nak cover tu

  2. Anonymous

    October 6, 2018 at 10:30 am

    Proof plss.. TQ

Loading...
To Top