“Sebenarnya Malu Nak Cerita..” – 30 Peratus Persiapan Sudah Siap, Shuib & Watie Bakal Nikah Jun Depan

Hiburan

“Sebenarnya Malu Nak Cerita..” – 30 Peratus Persiapan Sudah Siap, Shuib & Watie Bakal Nikah Jun Depan

Setelah sekian lama menjalinkan hubungan percintaan dan banyak perkara yang sudah dilalui bersama, akhirnya pasangan popular Shuib Sepahtu dan Watie Hanafiah mengumumkan bakal berkahwin pada bulan Jun.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, persiapan perkahwinan mereka sudah siap sebanyak 30 peratus tetapi turut mengakui segan untuk berkongsikan secara lanjut mengenai majlis perkahwinannya.

Advertisement

Dewan dah tempah. Insya Allah majlis perkahwinan dan bersanding akan diadakan serentak Jun nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam pada masa yang sama, pelawak yang juga merupakan seorang penyampai radio Suria FM itu berkata dirinya tidak menolak jika ada pihak yang memberi tajaan untuk perkahwinannya.

Tambahannya lagi, dia enggan membuat majlis perkahwinan terlalu meriah tapi juga tidak mahu terlalu ringkas memandangkan ini merupakan perkahwinan kali pertama buat bakal isteri.

Sekadar info, Shuib mengakui sedang berkenal rapat dengan Watie dan tidak berselindung selepas membawa wanita tersebut ke konsert ulang tahun ke-25 Lah VE pada 29 Januari lalu.

shuib watie nikah
1 year ago

Zaman Duda Bakal Berakhir, Shuib & Watie Rancang Nikah Pertengahan Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...