“Sebenarnya Dia Bukan Pemandu GrabFood”, Lelaki Ini Jelaskan Perkara Sebenar Yang Berlaku

Trending

“Sebenarnya Dia Bukan Pemandu GrabFood”, Lelaki Ini Jelaskan Perkara Sebenar Yang Berlaku

Baru-baru ini tular gambar pemandu GrabFood wanita sambil mendukung anaknya yang masih kecil. Berdasarkan gambar tersebut, ramai yang membuat spekulasi sendiri hinggakan gambar itu tular di laman sosial.

Tetapi seorang pengguna Facebook Ahmad Redhuan berkongsikan yang sebenarnya wanita itu bukanlah pemandu GrabFood ataupun sedang bekerja sambil membawa anaknya.

Advertisement

“Berkaitan akak yang bawak baby grab food tu. Dia bukan ibu tunggal. Dia adik ipar alep (alep ni abang aku)”

“Suami dia yang kerja GrabFood tu dan kebetulan waktu tu dia ada urusan suami isteri. So, terpaksa lah follow sekejap.”

Kesan daripada kes tular tak betul ni ada positif dan negatif. Yang negatifnya, suami dia dimaki hamun oleh komen-komen negatif dari netizen. Kawan-kawan mereka pun terkejut dan ramai yang tanya kenapa dia digelar ‘ibu tunggal’ seperti yang digemparkan.

pemandu grab food wanita
pemandu grab food wanita
Jadi diharapkan para netizen semua dapat menghentikan sebarang spekulasi. Tak adil untuk kita hukum seseorang hanya daripada sekeping gambar. Yang pastinya, jangan terus nak kecam.

Sebelum ini gambar wanita ini tular di laman sosial dan ramai netizen berasa tersentuh melihat kesungguhannya mencari rezeki. Ada juga yang bimbang lihat dia bekerja sambil membawa anak yang masih kecil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...