“Sebenarnya Aku Nak Sangat Jadi Kawan Dia. Tapi Entah Setan Apa Rasuk Sampai Aku Layan Dia Tak Elok.”

Trending

“Sebenarnya Aku Nak Sangat Jadi Kawan Dia. Tapi Entah Setan Apa Rasuk Sampai Aku Layan Dia Tak Elok.”

Dulu waktu tadika, aku ada kawan lelaki nama Amirul. Dia sangat sukakan aku. Mana aku ada, dia ada. Buat kerja, makan, main taman, semua ada dia kat tepi. Cuma, pernah sekali aku terjatuh dari palang permainan dan pitam. Dia panggil cikgu kami untuk bawa aku masuk dalam kelas.

Advertisement


Belakang aku tercedera dan meninggalkan parut. Cikgu aku letak salap dan Amirul ada di situ. Aku masih ingat cikgu aku cakap:

Eh, Mirul, tak boleh tengok badan perempuan. Haram”

Kemudian dia balas, “Ala cikgu” tapi dia masih keluar dari situ dan bermain di luar.

Lepas dah sedar aku mengadu sakit saja, dan-dan Amirul masuk waktu tu dia sangat gembira sebab aku dah tersedar. Dia ajak aku main taman balik dan aku pun bedal saja main walaupun belakang aku masih sakit. Hohoho

Pernah sekali aku masuk pertandingan menyanyi dan dia pula masuk apa entah, tapi lokasinya sama jadi tukang masak di tadika kami yang bawa kami naik kereta ke sana. Tukang masak suruh Amirul duduk di belakang, tapi dia tak nak. Dia nak juga duduk depan dengan aku, lepas tu, ha sempitlah aku kat depan tu.

Lepas tu aku tak ingat apa lagi memori waktu tadika dengan dia.  Aku teruskan ke waktu kami Darjah Satu di sekolah rendah. Kami masuk kelas yang sama. Aku duduk di kawasan tengah kelas dia duduk depan. Dia sanggup pergi cakap dekat cikgu nak tukar tempat duduk sebab nak duduk tepi aku. Aih, budak ni…

Rumah sukan aku rumah Kuning dan dia Hijau ke, Biru tak ingat.  Tapi kami masih pergi jumpa cikgu untuk minta tukar  rumah sukan, sebab nak sama rumah sukan dengan aku juga  sebenarnya.  Aku suka saja dia, tapi entah kenapa aku layan dia buruk.

Aku suka marah dia, halau dia, suruh dia duduk jauh-jauh dengan aku sebab aku cakap aku tak suka dia.

Tapi sebenarnya aku nak sangat jadi kawan dia. Tapi entah setan apa rasuk sampai aku layan dia tak elok.

Ada sekali tu nak exam jadi kena jarakkan meja saja, tapi si Amirul ni sanggup angkat meja dia dari depan letak kat tepi aku. Aku macam terkejut gila! Waktu dah selesaikan susun meja, cikgu kelas masuk dan dia pun terkejut Amirul duduk tepi aku.

Lepas tu masa tengah exam, tiba-tiba cikgu aku cakap “Amirul, kalau awak suka Anis pun kerusi tu janganlah sampai terlebih dari meja. Tu kaki tu terkeluar dari meja tu”

Aku terkejut dan terus tengok sebelah. Mak aih, dia duduk memang kerusi dia, separuh dari meja dia

Kemudian dia kata, “eh, tapi saya tak tiru Anis, cikgu. Saya memang duduk macam ni cikgu”

Tapi lepas tu dia duduk betul-betul juga tapi (lagipun dia memang budak baik).

Ini bahagian paling sedih. Aku tak tahu dia nak tukar sekolah. Satu hari, dia hadiahkan aku cincin tikam. Ya, cincin tikam ya, dan aku betul-betul tak suka dan kata,

Apa ni bagi cincin tikam? Tak naklah.”

Dan buang cincin tu ke lantai. Dan masa tu pula, kawan aku bangun dan terpijak cincin tikam tu. Kami berdua tengok cincin itu kena pijak dan aku kata:

Ha, bagus pun kena pijak”

Tapi jauh di sudut hati aku, aku rasa aku teruk.

Masa tu, muka dia sedih gila. Dia kata:

Kalau tak suka janganlah campak.”

Kemudian dia duduk di meja dia. Kawan aku cakap:

Tak baiklah anis awak buat dia macam tu.”

Tapi aku jawab, “alah biar sajalah dia.”

Balik tu, aku rasa bersalah gila dan nak minta maaf kat dia keesokan paginya.

Esoknya pula, dia tak datang. Rupanya cikgu kelas cakap dia dah pindah.

Sampai sekarang aku rasa bersalah kat Amirul dan tak minta maaf lagi.

Sampai sekarang memori tentang dia masih aku ingat.

Sebab tu, aku cuba layan orang dengan elok, sebab aku tak nak menyesal di kemudian hari. Rasa bersalah kat orang tu berat tau.

Kepada Amirul, di mana pun engkau, aku harap hidup kau indah dan dah ada orang yang layan kau dengan lebih baik. Maafkan aku, maafkan aku

Hey korang aku dah tahu nama penuh dia dan di mana dia berada!

Maaf buat korang tunggu. Ini kemaskini terbaru.

Tetapi dia belum terima lagi permohonan kawan di Instagram Amirul seen saja mesej terus di Instagram dan sampai sekarang tak balas.

Sedih. Tak apa, aku tunggu dia balas. Aku positif itu Amirul yang aku cari. Dia sibuk agaknya.

Terima kasih kepada mereka yang bantu aku dalam misi mencari Amirul. Aku masih sabar tunggu dia balas.

Ok, dia dah followback di Instagram dan Twitter. Dan aku dah mesej terus di kedua-dua akaun. Jadi ya, tunggu saja.

Ada orang tanya jika betul dia Amirul Hakim yang aku nak cari. Aku tahu memang dia, sepupu dia dah sahkan. Sepupu dia kawan aku dari tadika sampai Darjah Enam.

Aku dah merisik sana dan sini—dia dah ada girlfriend. Tak apalah kalau dia tak nak balas pun, aku nak minta maaf saja.

Maaf lambat kemas kini sebab aku sibuk kerja. Semalam Amirul balas dah! Tapi aku dah tidur, tapi masih juga aku kena seen. Aku tak tahu bila aku boleh dapat kemaafan dia.

Aaaaa dia ingat!!!  Dia dah seen dan aku masih menunggu jawapan. Cuak.

 

Weh korang, aku menangis sebab dia masih baik hati macam dulu. Alhamdulillah. Terima kasih, Amirul.

Sampai kita bertemu lagi suatu hari nanti.
Screenshot-20181012-100833

Screenshot-20181012-100849

amazingnara.com

Sumber: Anis Hamizah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...